Date: Selasa, Jun 6, 2023

Isnin, 5 Jun 2023- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah telah berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.) kepada YBhg. Dato' lr. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya yang membawa gelaran "DATUK", sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2023.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan oleh Kerajaan di atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau yang tidak ternilai dalam  mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap demi kesinambungan perkhidmatan awam yang cemerlang, demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk lr. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, daripada seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia.

#MalaysiaMadani

#JasaKepadaRakyat

Klip Ucapan Tahniah Kepada YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya Malaysia di atas pengurniaan Darjah Kebesaran PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.)

 

Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM