Date: Selasa, Oktober 17, 2023

Sekalung Tahniah YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) atas pengurniaan DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI (D.S.P.N) yang membawa gelaran DATO’ sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-74 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan oleh Kerajaan di atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau yang tidak ternilai dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap demi kesinambungan perkhidmatan awam yang cemerlang, demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, daripada seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia.

 

dato badio