Date: Ahad, Jun 18, 2023

JOHOR BAHRU, Johor – 18 Jun 2023 (Ahad), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi teknikal utama negara di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyerahkan tiga (3) projek fasiliti kesihatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini iaitu :

  1. Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Pembinaan Bangunan Baru Makmal Patologi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor
  2. Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor; dan
  3. Projek Klinik Kesihatan (Jenis 5) Dengan Kuarters 16G, Felda Palong Timur, Segamat, Johor.

Majlis penyerahan projek tersebut telah dihadiri oleh Yang Berusaha Ir. Haji Badioezaman bin Ab. Khalik, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) serta Yang Berhormat Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, YB Tuan Ling Tian Soon, EXCO Kesihatan negeri Johor, YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, dan YBrs, Ir. Abu Bakar bin Abd. Aziz, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Mewakili Ketua Pengarah Kerja Raya, YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab. Khalik di dalam ucapannya telah menzahirkan ucapan terima kasih beliau kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di atas kepercayaan kepada JKR Malaysia untuk melaksanakan projek-projek fasiliti kesihatan untuk manfaat dan kesejahteraan masyarakat di negeri Johor khususnya dan orang awam amnya. Beliau kemudian telah menyerahkan replika kunci kepada Menteri Kesihatan sebagai simbolik penyerahan ketiga-tiga projek tersebut.

 

Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Pembinaan Bangunan Baru Makmal Patologi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

Projek yang dilaksanakan mulai 26 Februari 2020 secara konvensional perunding ini dilengkapi dengan 54 tempat letak kereta, dua (2) tempat letak kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan 34 tempat letak motosikal. Skop utama projek adalah :

  1. Membina sebuah bangunan jabatan patologi tujuh (7) tingkat yang terdiri daripada unit-unit utama berikut:
    • Chemical pathology laboratory
    • Microbiology laboratory
    • Hematology laboratory
    • Anatomical pathology laboratory
    • Pathology administrative office / staff area / common storage
  2. Blok servis
  3. Laluan berbumbung
  4. Pembaikan bangunan sedia ada
  5. Landscape
  6. Infrastruktur seperti bekalan air, jalan dan perparitan.

Selain itu, projek ini telah berjaya disiapkan mengikut KPI serahan 3 dalam 1 (Sijil Perakuan Kerja Siap, Lukisan Siap Bina dan Penyata Akaun Muktamad atau SOFA).

 

Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.

Sebelum terbinanya bangunan klinik baharu, Klinik Kesihatan Taman Seri Orkid (KKTSO) merupakan sebuah klinik yang sering dikunjungi oleh pesakit bagi mendapat perkhidmatan kesihatan. KKTSO adalah sebuah klinik kesihatan lama yang telah beroperasi sejak tahun 2010 dan pihak KKM hanya menyewa di bangunan tersebut. Kini, klinik yang dinamakan sebagai Klinik Kesihatan Skudai Baharu telah siap dibina untuk dinikmati oleh penduduk tempatan dengan fasiliti yang selesa di samping mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan awam, khususnya di peringkat komuniti setempat.

Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman dengan skop utama seperti berikut:

  1. Menyiapkan baki kerja bangunan klinik kesihatan (jenis 3) terdiri dari
    1. Jabatan pesakit luar
    2. Kemalangan & kecemasan, ibu & anak
    3. Pergigian dan farmasi membina sebuah
  2. Menyiapkan baki kuarters 2F dan 2G
  3. Menyiapkan baki pembinaan blok sokongan
    1. Pondok pengawal, garaj ambulans
    2. Rumah pam
    3. Rumah sampah
    4. Blok Mekanikal & Blok TNB
  4. Landscaping work; dan
  5. Kerja-kerja Mekanikal & Elektrik (M&E)

 

Projek Klinik Kesihatan (Jenis 5) Dengan Kuarters 16G, Felda Palong Timur, Segamat, Johor.

Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman dengan skop utama seperti berikut:

  1. Membina sebuah bangunan klinik kesihatan (jenis 5) teridiri dari
    1. Jabatan pesakit luar,
    2. Kemalangan & kecemasan, ibu & anak,
    3. Pergigian dan farmasi
  2. Kuarters 16G 5 tingkat (16 unit kediaman & sebuah surau)
  3. Pembinaan blok sokongan
    1. Pondok pengawal, garaj ambulans,
    2. Rumah pam,
    3. Rumah sampah,
    4. Blok mekanikal & blok tnb
  4. Kerja-kerja membina small sewerage treatment system (ssts),
  5. Landscaping work dan
  6. Kerja-kerja Mekanikal & Elektrik (M&E)

Pelbagai cabaran telah ditempuhi di dalam pembinaan setiap projek yang telah diserahkan pada hari ini. Namun, setiap cabaran dan dugaan yang ditempuhi bukanlah menjadi batu penghalang buat semua yang terlibat, malah ianya menjadi pendorong utama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan berkualiti, demi kesejahteraan rakyat. 

Dengan penyiapan fasiliti-fasiliti kesihatan baharu, ianya merupakan lambang dedikasi dan tanggungjawab utuh JKR Malaysia terhadap pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur negara. Selaku agensi teknikal utama, JKR komited dalam memikul amanah untuk memenuhi aspirasi kerajaan agar setiap projek yang dilaksana disiapkan dengan optimum dan tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.