Date: Jumaat, Ogos 4, 2023

Tahniah diucapkan di atas pelantikan YBrs. Ir. Dr. Ahmad Firdauz bin Abdul Mutalib, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu sebagai Penasihat Industri di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun  Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk tempoh dua (2) tahun mulai 15 Jun 2023 sehingga 14 Jun 2025.

Fakulti ini menawarkan beberapa program seperti Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah dan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) yang melibatkan mata pelajaran seperti Pengurusan Projek Pembinaan, Teknologi Bangunan, Perkhidmatan dan Penyenggaraan Bangunan, Pembangunan Harta Tanah, Pengurusan Fasiliti, Rekabentuk Struktur Bangunan, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pembinaan, Aplikasi Komputer Untuk Binaan dan Pembinaan Lestari.