Date: Isnin, Februari 13, 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah berkenan mengurniakan dengan Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan kepada beberapa pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-53 Tahun 2022. Pegawai tersebut adalah:

  1. YBrs. Ir. Haji Nik Soh bin Yaacoub, dianugerahkan AHLI YANG KEEMPAT (BENTARA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (B.S.K).

  1. YBrs. Ir. Haji Kamarul Hisham bin Kamaruzzaman, dianugerahkan AHLI YANG KELIMA (AHLI) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (A.S.K).

  1. YBrs. Ts. Mohd Fazli bin Idris, dianugerahkan AHLI YANG KELIMA (AHLI) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (A.S.K).

  1. YBrs. Khazani bin Abdul Wahab, dianugerahkan AHLI YANG KEEMPAT (BENTARA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (B.S.K).

  1. YBrs. Mat Nasir bin Mat Nawi, dianugerahkan AHLI YANG KEEMPAT (BENTARA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (B.S.K).

Sesungguhnya pengurniaan anugerah kebesaran ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan atas jasa bakti serta sumbangan mereka kepada Negara dan Jabatan khususnya.

Seluruh warga JKR turut merasa bangga atas penganugerahan ini. Sekalung tahniah kepada penerima anugerah.