Date: Khamis, Disember 9, 2021

Kejohanan Sukan 10pin bowling MAKSAK (MAKSAK Games) telah diadakan pada 2-5 Disember 2021 bertempat di Sunway Megalenas, Sunway Pyramid. Kejohanan tertinggi peringkat kebangsaan ini disertai oleh badan MAKSAK negeri di seluruh Malaysia dan diwakili oleh pegawai serta kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat.

Jabatan Kerja Raya juga tidak ketinggalan telah menghantar seorang pegawai selaku atlit 10pin bowling untuk kejohanan ini iaitu Puan. Hanizah binti Misripin daripada Cawangan Kejuruteraan Elektrik yang mewakili MAKSWIP. Kelayakan untuk penyertaan ini adalah lanjutan daripada kemenangan di dalam pemilihan kejohanan MAKSWIP peringkat negeri. Sumbangan mata bersama pasukan oleh beliau telah berjaya melayakkan pasukan MAKSWIP untuk merangkul juara di peringkat MAKSAK.

Kami di Jabatan Kerja Raya Malaysia merasa amat bangga dengan kejayaan ini dan semoga lebih ramai pegawai dan kakitangan dapat menyumbang dalam meningkatkan imej jabatan dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan.