Date: Khamis, March 3, 2016

Dukacita dimaklumkan bahawa Pn. Zanita Jaafar, Ketua Penolong Pengarah Mekanikal (J52) dari Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 02 Mac 2016 di Hospital Serdang, Selangor akibat barah. Jenazah akan dikebumikan  di Kg Awah, Temerloh Pahang pada hari ini . Warga JKR mengucapkan takziah kepada keluarga terutamanya suami beliau, En. Abdul Rahman b Yat yang juga merupakan Penolong Pengarah Kanan Mekanikal di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.Moga Allah mengampunkan dan merahmati beliau dan ditempatkan rohnya bersama-sama para solihin. Al-Fatihah