Date: Isnin, November 21, 2016

Adalah dimaklumkan Allahyarhamah Pn. Roslina binti Musa, isteri kepada En. Amiruddin bin Abd Rahim, Pegawai Kader, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi (21 November 2016). Allahyarhamah telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Rangin Kuantan Pahang. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
 
Warga JKR Malaysia turut bersimpati dengan dugaan ini dan mengucapkan takziah kepada En. Amiruddin bin Abd Rahim dan keluarga.