Senarai Video KPKR

 

24 Januari 2017
 
Sidang media YBhg. Dato' Sri KPKR sempena Perasmian Program Kecemerlangan CREaTE di Alor Gajah Melaka
06 Januari 2017

Laporan Pembahagi Jalan Beroda 'Rolling Barrier' (link is external) (Sila klik di link yang disediakan)

 

Laporan mengenai pembahagi jalan beroda ‘Rolling Barrier’ , di pusingan U FT 15, Subang Jaya, bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha.
27 Disember 2016 Temubual Telefon Malaysia Hari Ini (MHI) Bersama Ybhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (link is external)(Sila klik di link yang disediakan)
Temubual Telefon MHI 27hb Disember 2016 bersama YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia mengenai situasi tanah runtuh di Cameroh Highlands Pahang.
 
Antara perincian dan perkembangan yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri KPKR adalah:
- Semua kerja-kerja pemeriksaan telah dilaksanakan oleh JKR Daerah Cameron Highlands Pahang.
- JKR Malaysia akan menghantar Pakar Cerun dan juga Struktur untuk menilai integriti cerun dan struktur yang terlibat.
-JKR memaklumkan terdapat 4 tanah runtuh berskala kecil yang berlaku di FT 59 iaitu Ringlet ke Brinchang dan jalan tersebut telah dibuka pada malam 25 Disember 2016.
 
 
08 Disember 2016

100 HARI KETUA PENGARAH KERJA RAYA JKR MALAYSIA :Program Pemantapan Integriti Dan Sahsiah Diri Pengurusan Atasan Dan Pengarah JKR Malaysia (Sila klik di link yang disediakan)

 
Ketua Pengarah Kerja Raya yang baharu dilantik pada 24 Ogos 2016 ke jawatan itu berazam untuk mengembalikan zaman kegemilangan Jabatan Kerja Raya (JKR) seperti sebelumnya.
1 Disember 2016
 
Majlis Perasmian Sustainable Construction Excellence (MAMPAN) & Seminar On Sustainable Construction 
 
24 November 2016 Temubual Di MHI, TV3 Bersama Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Dan Ketua Pen Pgh Kanan Cawangan Kejuruteraan Cerun Jkr Malaysia (link is external)(Sila klik di link yang disediakan)
Video temubual ini adalah di antara pengacara rancangan Malaysia Hari Ini, Ahmad Fetri Yahya bersama dengan YBhg Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) dan Ir. Zainal Arsad Md Amin, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Cawangan Cerun, Jabatan Kerja Raya Malaysia. 
 
Antara pengisian sesi temubual ini adalah berkaitan video klip/ tutorial “Ambil berat setiap perkara walaupun kecil”, yang bermesejkan, cerun yang selamat, dapat menyelamatkan nyawa.
12 Oktober 2016 Wawancara Media Bersama Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia: Median Night Reflector Post (link is external) (Sila klik di link yang disediakan)
Pada satu wawancara semasa Majlis Hari inovasi JKR Malaysia yang telah diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan YBhg Dato Sri Ir. Dr Roslan Md Taha, Ketua Pengarah JKR Malaysia menyatakan bahawa JKR Malaysia sedang mengadakan Hari Inovasi JKR Malaysia dengan tema "Inovasi Pemangkin Prestasi". Beliau kemudian menerangkan mengenai satu daripada produk inovasi yang telah berjaya dipaten dan dikomersilkan, iaitu ‘Median Night Reflector Post’, dicipta oleh Pn Siti Saharah Zainal Abidin, warga JKR Kerian, Perak. Produk ini telah dicipta pada tahun 2007 dan telah dikomersilkan pada 25 Ogos 2015. 
 

 

This video is currently being processed. Please wait.