Date: Rabu, Disember 11, 2024

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lt. Kolonel Ir. Ts. Suhaizad Bin Hj. Sulaiman di atas pelantikan sebagai FELO Strategik Pusat GEOTROPIK Universiti Teknologi Malaysia. Penyampaian Watikah Pelantikan telah disempurnakan oleh Profesor Ir. Dr. Ramli bin Nazir, Pengasas Bersama Pusat Geokejuruteraan Tropika UTM.Pelantikan ini berkuatkuasa bermula 1 Disember 2024 sehingga 30 November 2025.

Selain itu, pelantikan amatlah penting dalam usaha memperkukuh inisiatif dan menyediakan perkhidmatan yang mampan kepada industri dan komuniti berkaitan bidang Geokejuruteraan Tropika. Jabatan ini percaya, dengan pengalaman dan kepakaran Ir. Ts. Suhaizad Hj. Sulaiman akan dapat meneroka dimensi baru di dalam bidang ini bersama-sama dengan pakar-pakar di UTM. Syabas sekali lagi diucapkan kepada beliau.

GEOTROPIK telah ditubuhkan untuk menyahut cabaran berkenaan dengan isu geoteknik yang kompleks terutamanya di iklim tropika. GEOTROPIK merupakan bidang kejuruteraan geoteknik yang dinamik untuk menghadapi masalah serta menjadi platform perbincangan untuk industri pembinaan antara swasta dan kerajaan.

GEOTROPIK mempunyai kemudahan penyelidikan yang cemerlang, kakitangan teknikal dan pentadbiran yang berdedikasi serta fasilitator yang mempunyai kepakaran dalam Geoteknik, Geologi, Geobencana, Air Tanah, Geoenvironment, Geomatik, Sistem maklumat Geospatial, Geofizik, Instrumentation & Monitoring dan Computational Geoengineering yang akan membangunkan rangkaian (networking) serta sebagai platform untuk perkongsian ilemu pengetahuan dan pengalaman berkaitan.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat