Date: Rabu, Oktober 12, 2016

Pada satu wawancara semasa Majlis Hari inovasi JKR Malaysia yang telah diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan YBhg Dato Sri Ir. Dr Roslan Md Taha, Ketua Pengarah JKR Malaysia menyatakan bahawa JKR Malaysia sedang mengadakan Hari Inovasi JKR Malaysia dengan tema "Inovasi Pemangkin Prestasi". Beliau kemudian menerangkan mengenai satu daripada produk inovasi yang telah berjaya dipaten dan dikomersilkan, iaitu ‘Median Night Reflector Post’, dicipta oleh Pn Siti Saharah Zainal Abidin, warga JKR Kerian, Perak. Produk ini telah dicipta pada tahun 2007 dan telah dikomersilkan pada 25 Ogos 2015. Cek bernilai RM 6,426.80 telah disampaikan kepada beliau sebagai bayaran pertama hasil dari proses pengkomersilan tersebut.

Reflector Post ini berfungsi membantu pengguna jalan raya sebagai panduan dan amaran agar lebih berwaspada ketika memandu. Direkabentuk dalam bentuk heksagon dan diletakkan di pembahagi jalan raya yang mempunyai selekoh, gelap,dan jalan-jalan yang sukar dilalui. Sehingga kini, empat (4) negeri telah menggunapakai produk ini dan telah menyaksikan penurunan statistik kadar kemalangan oleh pihak polis, di tempat yang telah dipasang produk ini.

SILA KLIK SINI UNTUK LINK KE VIDEO YOUTUBE (link is external)