Date: Rabu, Jun 29, 2022
Forum Antarabangsa ‘World Urban Forum’ yang diadakan di Katowise, Poland pada 26 hingga 30 Jun 2022 di mana JKR Selangor telah dijemput menyertai Delegasi Kerajaan Negeri Selangor bagi membentangkan Kertas Kerja Aplikasi Sistem REACT (Road Electrical Asset Control & Telemetry) iaitu satu sistem yang dibangunkan secara Jabatan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor bagi tujuan mengawal dan memantau operasi serta aduan berkaitan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat di Negeri Selangor.
 
Sistem ini telah mula dibangunkan pada tahun 2012 bermula dengan teknologi Papan LED dan GSM Module. Dengan revolusi IR 4.0 dan Internet of Things (IoT), pada 2020 sistem ini dikembangkan lagi sehingga boleh dicapai di mana-mana sahaja menggunakan Cloud Data. Pada 30 Mac 2022, JKR Selangor telah menandatangani MoU bersama Majlis Bandar Shah Alam (MBSA) yang berminat untuk memperluaskan lagi penggunaan sistem ini dalam mencapai inisiatif Bandar Pintar (Smart City) yang diusahakan oleh pihak MBSA.
 
Kertas Kerja ini dibentangkan pada 27 Jun 2022 oleh Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor, Ir. Haniff bin Ab Hamid dan disokong oleh Pengarah JKR Negeri Selangor, Ir, Hj. Lokman bin Hj. Nasir. Maklumbalas yang diterima dari peserta forum ini adalah sangat memberansangkan dan memuji usaha Malaysia membangunkan sistem pemantauan pintar bagi aset awam setaraf dengan negara-negara maju yang lain.