Bahasa
Tema :

Pengenalan Komponen 4 BSEEP

Disiarkan ke web pada 29-06-2012 oleh Pentadbir Web | Telah dibaca sebanyak 19193 kali

Sinopsis : Projek Kecekapan Tenaga Sektor Bangunan (BSEEP) adalah Projek Nasional diantara kerajaan Malaysia bersama-sama dengan United Nations Development Programme (UNDP) dan Global Environment Facility (GEF). Jabatan Kerja Raya telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek ini. Matlamat BSEEP adalah untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau daripada sektor bangunan terutamanya di sektor-sektor kerajaan dan komersial. Di bawah program BSEEP terdapat 5 komponen utama untuk dilaksanakan dan mencapai matlamat serta objektif BSEEP.
29-06-2012

Komponen 4 BSEEP merupakan komponen yang bertujuan untuk menyediakan maklumat dan kesedaran kecekapan tenaga dalam sektor bangunan. Objektif utama komponen ini adalah untuk memberi pendedahan input teknikal terutamanya untuk rekabentuk yang cekap tenaga, pentauliahan dan kemahiran operasi dalam industri bangunan. Di samping itu, Komponen 4 juga akan mewujudkan pangkalan data web yang mengandungi produk, perkhidmatan dan bangunan yang cekap tenaga di Malaysia. Kemudahan ini disediakan untuk memudahkan pencarian maklumat yang cekap tenaga kepada industri bangunan.

Sila layari Facebook Komponen 4 untuk artikel dan berita terkini, aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BSEEP.

Facebook : http://www.facebook.com/BseepC4
Laman Web : https://www.jkr.gov.my/bseep/

Dokumen-dokumen  berkaitan juga boleh di muat turun di laman web BSEEP untuk rujukan dan komen:
1) BSEEP report on EE potential in existing buildingv2.
2) Chapter2-Malaysia Weather Data_Draft01
3) The Current State of Energy Efficiency Design Practices by the Industry_Draft01

Sila Layari:
https://www.jkr.gov.my/bseep/index.php?option=com_content&view=article&id=147:introduction-to-bseep-a-component-4

Arkib Berita (Paparan Keseluruhan)

2014

2013

2012

2011

2010

2009