Bahasa
Tema :

Penilaian Prestasi Pegawai CFS Tahun 2012, Penilaian Khas (Sikap) serta Pengemaskinian Maklumat Sistem My-KJ

Disiarkan ke web pada 30-11-2012 oleh Pentadbir Web | Telah dibaca sebanyak 10965 kali

Sinopsis : Selaras dengan keperluan untuk memantau prestasi dan menilai tahap pencapaian Pegawai ‘Contract For Service’ (CFS), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Korporat telah mengedarkan dua (2) jenis borang penilaian kepada semua fasilitator CFS.
30-11-2012

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun kedua-dua borang tersebut:-

i) Borang Penilaian Prestasi Pegawai CFS Tahun 2012
ii) Borang Penilaian Khas (Sikap) Pegawai CFS

Pegawai CFS diminta untuk melengkapkan kedua-dua borang tersebut mengikut arahan yang dinyatakan di dalam borang dan dikembalikan ke pejabat ini melalui fasilitator masing-masing selewat-lewatnya 20 Disember 2012. Borang-borang tersebut yang telah siap diisi perlulah dikembalikan ke pejabat ini dialamatkan kepada:-

Ketua Bahagian
Dasar Sumber Manusia
Cawangan Pengurusan Korporat
Tingkat 4, Blok F (Anjung Kanan)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur

Selain daripada itu, dipohon kerjasama daripada semua Pegawai CFS untuk mengemaskini maklumat di dalam Sistem Maklumat Pegawai – Kerja Jabatan (My-KJ) yang boleh dicapai di alamat https://mykj.jkr.gov.my.

Jika ada sebarang kemusykilan berhubung dengan perkara-perkara di atas, sila hubungi pegawai-pegawai berikut :-

a) En. Mohd Shahril bin Mohd Said  
    03-2610 7773
    Mshahril@jkr.gov.my
b) Cik Nurul Hidayah binti A. Aziz
   03-2610 8111
   NurulH@jkr.gov.my
c) Cik Erni Fairuza Bt Kornain
   03-2610 8286
   ErniFairuza@jkr.gov.my

Kerjasama pegawai-pegawai CFS berhubung perkara-perkara di atas amatlah diharapkan bagi melancarkan urusan perlanjutan kontrak dan pembayaran gaji. Perhatian dan tindakan segera pegawai-pegawai CFS amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh: Bahagian Dasar Sumber Manusia, CPK

Arkib Berita (Paparan Keseluruhan)

2014

2013

2012

2011

2010

2009