Bahasa
Tema :

Mesyuarat Post-Mortem Audit Dalaman SPK Ibu Pejabat JKR Malaysia Tahun 2012

Disiarkan ke web pada 04-12-2012 oleh Pentadbir Web | Telah dibaca sebanyak 10781 kali

Sinopsis : Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Pengurusan Korporat telah menganjurkan satu Mesyuarat Post-Mortem Audit Dalaman SPK Ibu Pejabat JKR Malaysia Tahun 2012 pada 25 November 2012 sehingga 27 November 2012 di Hotel Grand Borneo, Sabah.
04-12-2012

Mesyuarat ini telah dirasmi dan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pengurusan), YBhg Dato’ Ir. Hj. Annies Bin Md Ariff merangkap Wakil Pengurusan SPK JKR MS ISO 9001:2008. Turut hadir di dalam mesyuarat ini ialah Pengarah Cawangan Pengurusan Korporat, Ir. Mohd Aminudin Bin Md Amin. Seramai dua puluh satu (21) orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pasukan Audit (KPA) dan Timbalan Ketua Pasukan Audit (TKPA) telah hadir ke mesyuarat ini.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan penemuan, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan hasil auditan Audit Dalaman di Peringkat Cawangan-Cawangan  JKR Ibu Pejabat mulai 25 Ogos 2012 hingga 2 November 2012. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan maklumbalas daripada KPA dan TKPA berkenaan isu penambahbaikan sistem yang ditemui daripada hasil auditan.

Mesyuarat Post-Mortem Audit Dalaman SPK Ibu Pejabat JKR Malaysia Tahun 2012 diakhiri dengan lawatan tapak ke Projek Solar Hybrid System Untuk Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah iaitu di Sekolah Kebangsaan Rungus Nabaha, Tamparulli. Lawatan yang diuruskan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik bertujuan untuk memberi peluang kepada KPA dan TKPA melihat dengan lebih dekat lagi tentang projek solar yang melibatkan 78 buah sekolah pada Fasa 1 dan 64 buah sekolah pada Fasa 2.

Urus Setia mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBhg Dato’ TKPKR (Sektor Pengurusan) atas komitmen tinggi yang diberikan di mana beliau hadir dan mempengerusikan semua sesi mesyuarat. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah CPK kerana hadir dan memberi idea yang bernas sepanjang mesyuarat. Sekalung terima kasih juga kepada Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik (Ir. Mohd Fazli Bin Othman), Ketua Jurutera Elektrik, Unit Kecekapan Tenaga (Ir. Hj. Baihaki Bin Azraee) dan Jurutera Elektrik Penguasa (Ir. Abdul Muhaimin Bin Mahmud) di atas urusan lawatan tapak serta Pasukan Projek Sabah iaitu Ir. Salleh Bin Awang dan pegawai-pegawainya di atas penyediaan logistik dan turut hadir ke dalam mesyuarat. Di akhir mesyuarat, semua ahli mesyuarat terasa amat keletihan tetapi gembira dengan komitmen pengurusan atasan serta program yang diatur.


Sesi bergambar Mesyuarat Post-Mortem  Audit Dalaman SPK Ibu Pejabat
JKR Malaysia Tahun 2012.


Mesyuarat Post-Mortem  Audit Dalaman SPK Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tahun 2012 telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya
(Sektor Pengurusan), YBhg Dato’ Ir. Hj. Annies Bin Md Ariff.


Sesi penyampaian cenderahati dan sijil kepada peserta mesyuarat.


Sesi lawatan Projek Solar Hybrid System Untuk Sekolah-sekolah Luar
Bandar Negeri Sabah.


Sesi taklimat Projek Solar Hybrid System di Sekolah Kebangsaan Rungus
Nabaha, Tamparulli, Sabah.

Arkib Berita (Paparan Keseluruhan)

2014

2013

2012

2011

2010

2009