Bahasa
Tema :

Majlis Penyerahan Projek UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi

Disiarkan ke web pada 03-04-2013 oleh Pentadbir Web | Telah dibaca sebanyak 8206 kali
Sinopsis : Majlis penyerahan projek UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS BUKIT BESI telah diadakan dengan jayanya pada tanggal 27 Mac 2013 (Selasa). Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Tn. Hj. Shafii Bin Mohamad (Pengarah JKR Terengganu) yang mewakili pihak JKR kepada Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abd. Talib (Penolong Naib Canselor UiTM) yang mewakili pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM).
03-04-2013

Majlis penyerahan projek UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS BUKIT BESI telah diadakan dengan jayanya pada tanggal 27 Mac 2013  (Selasa). Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Tn. Hj. Shafii Bin Mohamad  (Pengarah JKR Terengganu) yang mewakili pihak JKR kepada Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abd. Talib (Penolong Naib Canselor UiTM) yang mewakili pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Majlis yang diadakan di Auditorium Blok Dewan Kuliah UiTM Bukit Besi ini turut diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Abdol Samad Bin Nawi (Rektor UiTM Kampus Dungun), Tn. Hj. Hanapi Bin Hamdan (Ketua Penolong Pengarah Kanan mewakili Pengarah CPPT), Tn. Hj. Zulkifli Bin Awang (Penolong Pengarah Kanan CPPT/JKR Terengganu merangkap Wakil SO Projek), pihak kontraktor dan pasukan perunding serta pegawai-pegawai daripada JKR dan UiTM.

Simbolik penyerahan projek adalah dengan penyampaian replika kunci dari pihak Kontraktor (TSR Bina  Sdn.  Bhd.)  kepada  JKR  Terengganu  (Pejabat  S.O  Projek)  seterusnya  JKR  Terengganu menyerahkan kepada pihak UiTM.

Projek UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS BUKIT BESI ini dibiayai di bawah peruntukan PFI Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Kerja Raya melalui Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi (CPPT) selaku Pejabat Pengurus Program dan JKR Terengganu selaku Pejabat Pegawai Penguasa Projek telah diberikan mandat bagi menyempurnakan pelaksanaan projek ini sehingga siap sepenuhnya. HOPT untuk projek ini sehingga 30-11-2012 ialah Tn. Ir. Mohd Nor Bin Muda, manakala bermula 1-11-2012 peranan HOPT diambil alih oleh Tn. Ir. Hj. Ibtisham Bin L. Saleh (UPT3 CPPT).

Pelaksanaan projek ini ialah secara Tender Terbuka  / Konvensional  (Perunding) yang meliputi 3 Pakej. Pakej 1 (6 Blok Asrama), Pakej 2 (Perpustakaan, Pentadbiran, Kemudahan Sukan & Infra) dan Pakej 3 (Akademik, Dewan Kuliah & Makmal). Projek ini telah di anugerahkan kepada kontraktor TSR Bina Sdn. Bhd. dengan kos kontrak asal bernilai RM 91.6 juta di mana tarikh milik tapak projek ini adalah pada 24-03-2009 dan tarikh siap asal ialah pada 21-03-2011. Kampus UiTM Bukit Besi ini adalah khusus untuk pelajar-pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan kimia.

Pihak kontraktor secara rasminya telah berjaya menyiapkan  Pakej  1  (6 Blok  Asrama) pada  20 Disember  2012 melalui Perakuan Pendudukan Separa  (CPO). Perakuan Siap Kerja  (CPC) untuk keseluruhan projek telah dikeluarkan secara rasminya pada 28 Januari 2013.

Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Penyerahan Projek yang diterajui oleh Tn. Hj. Zulkifli Bin Awang  (selaku Pengurus Pembinaan) yang telah memberi komitmen tinggi untuk persiapan majlis penyerahan projek ini yang telah berjalan dengan sempurna seperti dirancang. Sekalung penghargaan juga untuk semua HODT projek yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Majlis penyerahan diakhiri dengan lawatan ke sekitar kampus.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Disediakan Oleh : UPT 3, Cawangan Pendidikan & Pendidikan Tinggi

Arkib Berita (Paparan Keseluruhan)

2015

2014

2013

2012

2011

2010

2009

2008