Bahasa
Tema :

Penambahbaikan Sistem Latihan JKR

Disiarkan ke web pada 11-04-2013 oleh Pentadbir Web | Telah dibaca sebanyak 8059 kali
Sinopsis : Sistem Latihan JKR dengan Penambahbaikan telah siap dibangunkan bertujuan untuk memantau kehadiran kursus penjawat JKR selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 yang menetapkan semua Penjawat Awam perlu mengikuti kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
11-04-2013

Sistem Latihan JKR dengan Penambahbaikan telah siap dibangunkan bertujuan untuk memantau kehadiran kursus penjawat JKR selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 yang menetapkan semua Penjawat Awam perlu mengikuti kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

Bagi tujuan tersebut, penambahbaikan juga dibuat di mana sistem ini boleh merekod program-program latihan lain (selain induk dan dalaman) seperti berikut :

i. Kursus Luar (eg. Kursus Swasta, Kursus INTAN)
ii. Pembelajaran Umum
iii. Pembelajaran Kendiri


Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua warga kerja JKR sama ada di Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Negeri untuk memastikan program-program latihan yang telah dihadiri direkodkan ke dalam sistem ini.

Sistem ini boleh dilayari melalui alamat di bawah bermula 1 April 2013 (Isnin). Sistem sedang berjalan dalam tempoh percubaan selama 1 bulan sehingga 30 April 2013. Sehubungan itu, bagi memudahkan penggunaan sistem ini, anad boleh memuat turun Manual Pengguna di dalam laman Portal Latihan tersebut di bawah  tab ‘Info’.

latihan.jkr.gov.my

Arkib Berita (Paparan Keseluruhan)

2014

2013

2012

2011

2010

2009