Bahasa
Tema :

Latar Belakang

Latar Belakang

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah ditubuhkan pada tahun 1987 yang diketuai oleh Ketua Jabatan iaitu Ketua Pengarah Kerja Raya selaku Pengerusi. Keahlian MBJ JKR terdiri daripada 27 orang ahli dari kalangan wakil pengurusan dan wakil pekerja.

Tujuan

Untuk memperolehi kerjasama yang erat di antara pihak Pengurusan Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Malaysia yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan pelaksanaan tugas dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan;untuk menyediakan saluran bagi menguruskan hal-hal mengenai keadaan bekerja; danuntuk mencapai kesefahaman di antara pekerja-pekerja dengan pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Bidang dan Fungsi

Membincangkan dan memutuskan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan, kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab ke atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat mengenai tugas-tugas yang dijalankan;menggalakkan kakitangan mengambil bahagian dalam perbincangan untuk menambahkan pengetahuan dan pendedahan  mengenai pentadbiran jabatan;mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.

PAUTAN JKR CAWANGAN

Video Korporat