Bahasa
Tema :

Jadual Kadar Harga

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki

Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Pembaikan 2014 dikemaskini setiap dua tahun sekali oleh Bahagian Perolehan dan Khidmat Kos, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan berdasarkan ketetapan Kementerian Kewangan. Jadual Kadar Harga ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja yang dijalankan secara undi dan tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja-kerja perubahan (VO) di dalam mana-mana kontrak yang berasaskan senarai kuantiti atau pelan dan spesifikasi.

Kerja-kerja undi yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja memperbaiki bangunan, jalan, longkang, membersihkan kawasan dan lain-lain kerja pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang nilainya tidak melebihi RM100,000. Jadual Kadar Harga ini disusun mengikut senarai ketukangan kerja berkaitan dengan pembaikan dan pengubahsuaian.

Ia dijual kepada orang awam dengan harga RM20.00 senaskhah  di :

Unit Tawaran Pusat, 
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, 
Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, 
Jalan Sultan Salahuddin, 
50582 Kuala Lumpur 




Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Bangunan Berasaskan Lukisan Dan Spesifikasi

Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Bangunan Berasaskan Lukisan Dan Spesifikasi 2015 merupakan sebahagian daripada dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja. 

JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh, Bahagian Pembangunan dan Khidmat Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera. 

Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja iaitu: Piling, Excavation, Concretor, Bricklayer, Drainlayer, Roofer, Carpenter and Joiner, Ironmongery, Steel and Ironworker, Pavior, Plasterer and Tile Fixer, Plumber, Glazier, Painter and Road, Culvert, Fencing and Turfing. 

Ia dijual dengan harga RM5.00 senaskhah.kepada orang awam di 

Unit Tawaran Pusat, 
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, 
Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, 
Jalan Sultan Salahuddin, 
50582 Kuala Lumpur 



Kos Purata Semeter Persegi Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan

Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan 2/2014 ini diedarkan bertujuan untuk memberikan maklumat kos bagi kerja-kerja pembinan bangunan Kerajaan berdasarkan lukisan-lukisan piawai. Edaran adalah terhad kepada kakitangan awam sahaja. Data kos yang dibukukan ini berdasarkan As Tendered Detailed Abstract (ATDA) dan maklumat kos ini boleh digunakan untuk penyediaan anggaran kos projek.

Bagi mendapatkan senaskah salinan, sila berhubung dengan:

Bahagian Pembangunan dan Khidmat Kos
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 19, Menara Tun Ismail Mohamad Ali
Jalan Raja Laut
50582 Kuala Lumpur