Bahasa
Tema :

Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

Ir. Mohd Jamal bin Sulaiman
Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

 
Marziah binti Mansor
Setiausaha Pejabat

Alamat Pejabat:


Pejabat Pengarah,
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat,
Tingkat 33, Blok G,
Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03- 2618 8424
No. Fax : 03-2618 8441


OBJEKTIF CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT


Memberi khidmat sokongan kepada Pengurusan Atasan dan orrganisasi JKR Malaysia dalam merancang, melaksana,memantau projek dan kemudahan awam dari segi jangka kos, jangka masa dan rupa bentuk yang dipersetujui dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:-

i)  Penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan yang sistematik dan berkualiti dengan menggunakan sistem kerja, teknologi perhubungan serta sumber maklumat yang terkini.

ii) Pembangunan dan Pengurusan sistem kerja serta sumber manusia yang terancang.

iii) Belanjawan Serta kemudahan pelbagai yang cekap dan berkesan.
FUNGSI CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT

  • Merancang keperluan sumber manusia Jabatan dan struktur organisasi yang berkenaan.
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan personel.
  • Meningkatkan prestasi dan kompetensi anggota secara berterusan.
  • Menguruskan soal perkhidmatan bagi anggota dengan berkesan.
  • Mengurus, mengawal dan menyelaras sumber kewangan Jabatan dengan cekap dan teratur supaya selaras dengan peraturan-peraturan Kewangan.
  • Memberi khidmat sokongan kepada semua Cawangan/Bahagian berkaitan dengan segala hal urusan kewangan dan belanjawan.
  • Membangun dan mengurus selia pengurusan dan teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam menggubal dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf kemudahan awam
  • Membudayakan penggunaan ICT dikalangan anggota JKR ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan urusan rasmi jabatan
  • Mempromosikan dasar, program dan aktiviti Jabtaan secara meyeluruh ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.
  • Memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran yang efisyen dan cekap kepada Cawangan/Bahagian di Jabatan Kerja Raya di dalam urusan berkaitan Keurusetiaan Mesyuarat dan Jawatankuasa Utama Jabatan, Pentadbiran Pejabat dan Perkhidmatan Sokongan, Pengurusan Aset Jabatan dan Urusan Keselamatan