Bahasa
Tema :

Cawangan Kej. Awam, Struktur & Jambatan


Ir. Dr. Ab. Aziz bin Hj Arshad

Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur Dan Jambatan (Jusa B)

Cik Nur Azwa bt. Jusoh
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)

Alamat Pejabat
Pengarah Kanan
Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur Dan Jambatan
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 15, Centrepoint North
The Boulevard, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-92354701
No. Faks      : 03-22873189

OBJEKTIF CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM, STRUKTUR DAN JAMBATAN

Menjalankan kajian kejuruteraan dan menyediakan kepakaran rekabentuk dan sokongan dalam bidang kejuruteraan awam, struktur dan jambatan kepada Cawangan-Cawangan
di peringkat Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri / Wilayah Persekutuan atau Unit Khas JKR yang mengendali projek pembangunan infrastruktur kerajaan bagi memenuhi Dasar
Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada :

1. Menyerahkan 100% rekabentuk projek/ produk mengikut jadual yang dipersetujui dalam D-Plan
    dengan varian 10%

2. Menyerahkan 100% rekabentuk kejuruteraan awam, struktur dan jambatan untuk projek
    bangunan dan jambatan mengikut kos yang dipersetujui dengan varian 10%.

3. Menyiapkan 100% laporan forensik dalam tempoh 2 bulan dengan varian 10%.

4. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%.

5. Memastikan sekurang-kurangnya 80% staf memperolehi pengetahuan, kemahiran dan
    kepakaran dengan diberi latihan/pendedahan 2 kali setahun untuk setiap orang
    dengan varian 10.

6. Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 80%
    (berdasarkan kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan).

7. Ke arah produk berkualiti dengan menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan 
    memastikan kurang dari 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait 
    dengan ciri-ciri berikut:
     i.    Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk
     ii.   Keselamatan penggunaan
     iii.  Kemudah senggaraan

8. Mewujudkan unit yang progresif, berinovasi tinggi, berwawasan dan menjadi peneraju
    pembangunan lestari dalam teknologi rekabentuk kejuruteraan awam,
    struktur dan jambatan dengan menyediakan tiga (3) rekabentuk berinovasi baru dan
    tiga (3) kertas kerja teknikal setiap tahun.

FUNGSI CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM, STRUKTUR DAN JAMBATAN


a. Rekabentuk dan Audit Pembinaan

    Melaksanakan kerja-kerja rekabentuk, audit rekabentuk dan audit pembinaan bagi struktur
    bangunan, jambatan dan kerja-kerja awam.

b. Menjalankan kerja-kerja Forensik dan Merekabentuk Kerja-kerja Baikpulih

    Melaksanakan kerja-kerja forensik, menyediakan laporan dan merekabentuk kerja membaikpulih
    struktur bangunan dan jambatan.

c. Khidmat Pakar

    Memberi khidmat nasihat pakar kepada JKR dan agensi-agensi kerajaan serta melaksanakan
    rekabentuk berinovasi.

d. Kerja-kerja Pembangunan dan Penyelidikan

    Melakukan kerja-kerja pembangunan dan penyelidikan yang berterusan dalam meningkatkan
    kualiti pembinaan dan menghasilkan produk yang berinovasi.