Bahasa
Tema :

Cawangan Jalan

Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Baharanuddin Bin Che Zain
Pengarah Cawangan Jalan  

Pembantu Khas:
Halimah Binti Abu Hassan

Alamat Pejabat:

Pejabat Pengarah, Cawangan Jalan,
Tingkat 15,Blok F,Ibu Pejabat
JKR,Jalan Sultan Salahuddin,50582
Kuala Lumpur.

Tel    : 03-2610 7701
Faks  : 03-2693 6662

Kami terlibat di dalam rekabentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan pengurusan jalan-jalan persekutuan dan jalan-jalan negeri.

Kami memberikan perkhidmatan teknikal dan penasihat kepada Kementerian Kerja Raya dan agensi-agensi kerajaan yang lain mengenai pengurusan projek jalan dan penyelenggaraan jalan.

Objektif

  • Untuk menyediakan jalan persekutuan dan infrastruktur jambatan sebagaimana dalam skim tanah kebangasaan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan negara.
  • Untuk menyelaras pembinaan dan membaiki jalan-jalan kampung untuk memastikan kawasan-kawasan membangun berhubung dengan baik.
  • Untuk memastikan jalan-jalan persekutuan dan jambatan-jambatan yang sedia ada disenggara dengan baik, diperbaiki dan dinaiktaraf untuk penggunaan yang lebih selamat.


Fungsi-fungsi

  • Kami merancang, merekabentuk dan membina jalan-jalan dan jambatan-jambatan baru yang ditaja oleh Kerajaan Persekutuan.
  • Kami bertindak sebagai agensi pelaksana di dalam pembinaan jalan-jalan baru yang ditaja oleh Kerajaan Persekutuan.
  • Kami memproses dan membuat keputusan ke atas pembahagian tabung untuk membina dan menyenggara jalan-jalan JKR daerah dan pihak berkuasa tempatan.
  • Kami menyenggara, mengurus dan memperbaiki semua jalan persekutuan, lebih-lebih lagi menyelaras konsesi penyelenggaraan jalan (program).
  • Kami menyediakan piawai-piawai jalan dan juga memberi nasihat kepada pengarah-pengarah JKR daerah terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan jalan negeri.
  • Kami memberi nasihat teknikal dan kepakaran kepada Kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang lain ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan jalan.