Bahasa
Tema :

Cawangan Kej. Jalan & Geoteknik


Ir. Dr. Hj. Mohamad Nor bin Omar
Pengarah Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik

Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan):
Puan  Zaleha bt. Said

Alamat Pejabat:
Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 26, Menara PJD
No. 50, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-2618 4651
No. Faks: 03-4041 2024


OBJEKTIF CAWANGAN  KEJURUTERAAN JALAN DAN GEOTEKNIK
Memberi khidmat pakar serta perundingan teknikal dalam bidang geoteknikal, rekabentuk jalan dan keselamatan jalan kepada semua pihak yang memerlukannya dengan tumpuan kepada kualiti, kos dan masa yang ditetapkan.

CARTA ORGANISASI CAWANGAN JALAN & GEOTEKNIK

 

FUNGSI  CAWANGAN KEJURUTERAAN JALAN DAN GEOTEKNIK
Cawangan Kejuruteraan Jalan dan geoteknik terdiri daripada 3 Bahagian iaitu Bahagian Kejuruteraan Jalan, Bahagian Keselamatan Jalan dan Bahagian Kejuruteraan Geoteknik. Ketiga-tiga Bahagian ini mempunyai fungsinya tersendiri iaitu :-
1. Bahagian Kejuruteraan Jalan
• Merekabentuk jalan serta aktiviti yang berkaitan dengannya.  Terdapat tiga kategori rekabentuk yang diamalkan serta skop kerja yang terlibat adalah seperti berikut:-

i. Rekabentuk secara jabatan
• Penerimaan rekabentuk konsep setelah menerima projek brief.
• Menjalankan rekabentuk awalan, rekabentuk terperinci, penyediaan senarai bahan dan lukisan kejuruteraan.
• Penyediaan pelan pengambilan balik tanah, pelan layout ultiliti dan lain-lain berkaitan.
• Penyediaan dokumen tender.

ii. Rekabentuk oleh jurutera perunding
• Menyemak rekabentuk yang disediakan oleh jurutera perunding seperti geometric, pavement, profile dan lain-lain berkaitan.
• Menyemak senarai bahan dan lukisan kejuruteraan.

iii. Rekabentuk secara reka dan bina (design & build)
• Menyemak rekabentuk konsep.
• Menyemak rekabentuk terperinci.
• Menyemak senarai bahan dan lukisan kejuruteraan.
• Menyemak pelan pengambilan balik tanah, pelan  layout utility dan lain-lain berkaitan.
• Penasihat untuk jawatankuasa penyediaan dan pengemaskinian beberapa garispanduan seperti berikut:-
i. Senarai Bahan Piawai.
ii. Penyediaan Senarai Semak Untuk Kerja Merekabentuk Jalan.
iii. Penggubalan  Method Of Measurement Piawai.
ii) Bahagian Keselamatan Jalan
Bagi menyelaras polisi-polisi berkaitan keselamatan jalan agar program-program keselamatan dapat di rangka dan dilaksanakan bagi mencapai sasaran kerajaan untuk menghalang dan mengurangkan kemalangan jalanraya di seluruh negara. Ini adalah selaras degan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalanraya kepada 3 kematian setiap 10000 kenderaan pada tahun 2010. Di antara tugas-tugas utama adalah:-

• Memimpin penyelaras Audit Keselamatan Jalan yang di rekabentuk oleh pihak perunding bagi projek-projek yang dikendalikan oleh Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR.

• Memimpin kerja-kerja audit keselamatan jalan yang dilaksanakan bagi projek-projek yang di rekabentuk secara Jabatan bagi Jalan Persekutuan.

• Memimpin kerja-kerja audit keselamatan jalan yang dilaksanakan bagi jalan-jalan sediaada.

• Meluluskan rancangan sistem pengurusan dan kejuruteraan trafik.

• Memimpin dan memberi khidmat nasihat kepada JKR Negeri dan Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR mengenai kerja-kerja auddit keselamatan jalan.

• Meluluskan kajian laporan ”Traffic Impact Assessment’ dan penyemakan sebarang permohonan pembangunan tepi jalan dari segi keselamatan.

• Mewakili Jabatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang keselamatan jalan.

• Mengetuai kerja-kerja penyelarasan dengan pihak Negeri di dalam melaksanakan Program Keselamatan.

• Mengetuai penyelarasan dengan pihak Negeri dalam melaksanakan Program Pembinaan Lorong Motosikal.

• Mengetuai penyelarasan dengan pihak Negeri di dalam melaksanakan Program Memperelokkan Kawasan Merbahaya.

• Penasihat untuk kajian berkaintan keselamatan dari aspek kejuruteraan.

• Memimpin kerja-kerja penialian dan pemantauan ke atas program-program yang dilaksanakan.

• Merancang dan mengetuai khidmat penyiasatan kemalangan di kawasan-kawasan yang berlaku kemalangan.

• Memimpin perancangan penyelidikan data kemalangan.

iii) Bahagian Kejuruteraan Geoteknik
Unit ini mengendalikan dan mengawasi projek-projek di seluruh Negara yang dianggarkan melebihi 100 buah projek. Antara fungsi-fungsi utama ialah:-

• Menguruskan kerja-kerja siasatan tanah (S.I.) dan melaksanakan analisa keputusannya untuk merekabentuk asas jalan sama ada jalan baru atau jalan yang akan dinaiktaraf.

• Membantu menyemak kerja-kerja rekabentuk (yang dilaksanakan secara dalaman) geoteknik untuk pembinaan jalan.

• Menyemak rakabentuk geoteknik yang dibuat oleh perunding.

• Mengurus perkhidmatan nasihat dalam bidang geoteknik Untuk JKR