Bahasa
Tema :

Bahagian Senggara Fasiliti Jalan

Y. Bhg. Dato' Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan
Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan

Pembantu Khas
Pn. Lenny Suhaily Bt Zulkaffili

Alamat Pejabat:

Cawangan Senggara Fasiliti Jalan,
Blok D (Lama), Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

No. Telefon :03-2696 7725
No. Fax       :03-2694 0315
E-mail          :Hamizan@jkr.gov.my

OBJEKTIF CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN

i) Memastikan semua fasiliti jalan JKR sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa.
ii) Mengekalkan kefungsian fasiliti jalan JKR bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomik untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang   optimum (optimum life cycle cost).
iii) Memastikan perkhidmatan senggara fasiliti jalan JKR  yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan.


FUNGSI CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN

i) Melaksana pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang bersepadu dan menyeluruh.
ii) Menyedia sistem dan piawaian pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang seragam dan sistematik supaya tahap kefungsian dan keselamatan sesuatu aset fasiliti jalan dapat dipertingkatkan lagi.
iii) Merancang dan menyelaras pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan di JKR Negeri dan Wilayah Persekutuan serta menjalankan audit senggara aset fasiliti jalan mengikut program yang ditetapkan.
iv) Memberi khidmat nasihat kepada pemegang utama terhadap pengunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan fasiliti aset fasiliti jalan yang lebih berkesan dan ekonomik.


PROGRAM DAN AKTIVITI CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN

1. Makluman bencana alam melalui website e-bencana
2. Buku stastistik yang memberikan makluman laporan stastistik tentang panjang Jalan Persekutuan
3. Pengedaran Buletin
4. Permohonan pemasangan papan tanda iklan di Jalan Persekutuan
5. Permohonan penutupan jalan untuk expedisi,treasure hunt dsb.
6. Permohonan data geospatial (Agensi Kerajaan)
7. Menyediakan maklumat peta jalan JKR .
8. Pemasangan Jambatan Panel Berkeluli Bermodular
9. Memastikan penyenggaraan jalan dan jambatan di  Jalan Perseketuan berada dalam keadaan yang baik dan selamat kepada para  pengguna dengan tanda amaran keselamatan yang secukupnya.  
10. Para pengguna jalan boleh mengajukan sebarang aduan melalui SMS DAPAT,email,suratkhabar dan surat.