Bahasa
Tema :

Profil Organisasi

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah ditubuhkan sejak 1872 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. JKR berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti.

Fungsi Kami

JKR bertanggungjawab terhadap:
Perancangan, rekabentuk dan pembinaan projek infrastruktur seperti jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan produk kejuruteraan yang berkaitan.
Penyenggaraan jalan, dan bangunan kerajaan yang tertentu; dan
Khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.


Struktur Organisasi


JKR Malaysia diterajui oleh seorang Ketua Pengarah Kerja Raya dan dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya. Pentadbiran Jabatan Kerja Raya Malaysia meliputi seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Sila lihat struktur organisasi kami. Untuk tujuan pentadbiran, JKR Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri.


Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di Ibu Pejabat, jabatan diuruskan mengikut tiga sektor bisnes utama dengan 14 cawangan dibawahnya . Keterangan lanjut mengenai sektor bisnes, pengurusan dan pakar dan cawangan-cawangannya adalah seperti dibawah:

Sektor Bisnes
* Cawangan Jalan
* Cawangan Kerja Bangunan Am
* Cawangan Kerja Pendidikan & Pengajian Tinggi
* Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
* Cawangan Kerja Kesihatan
* Cawangan Kerja Keselamatan

Sektor Pengurusan
* Cawangan Pengurusan Korporat
* Cawangan Kejuruteraan Senggara
* JKR Wilayah Persekutuan
* JKR Kesedar
* JKR Negeri

Sektor Pakar
* Cawangan Arkitek
* Cawangan  Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan
* Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
* Cawangan Kejuruteraan Elektrik
* Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
* Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga

Ibu Pejabat JKR Malaysia bertanggungjawab untuk merancang dan merekabentuk projek-projek pembangunan, memantau pelaksanaan projek-projek, dan penyediaan dasar, garis panduan serta nasihat teknikal kepada JKR Negeri, JKR Wilayah Persekutuan, JBA Negeri dan Unit Khas JKR.


JKR Negeri, JKR Wilayah Persekutuan, Unit Khas JKR, dan Jabatan Bekalan Air Negeri


JKR Negeri

JKR Negeri diterajui oleh seorang Pengarah dan bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan meyenggara projek-projek pembangunan negeri seperti jalan dan bangunan kerajaan, disamping bekalan air bagi negeri Perlis. Di negeri-negeri lain, perkhidmatan bekalan air samaada telah dikorporatkan atau diswastakan.

JKR Negeri bertanggungjawab terus kepada Kerajaan Negeri untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Pada masa yang sama, JKR Negeri juga bertanggungjawab terus kepada KPKR untuk projek-projek persekutuan di negeri masing-masing (kecuali JKR Sabah dan Serawak).


JKR Wilayah Persekutuan

Terdapat tiga JKR Wilayah Persekutuan:
* JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
* JKR Wilayah Persekutuan Labuan, dan
* JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Setiap JKR Wilayah Persekutuan diterajui oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab terus kepada KPKR.

JKR Wilayah Persekutuan bertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dan menyenggara bangunan-bangunan kerajaan yang tertentu di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Selain dari itu, JKR Wilayah Persekutuan juga menyenggara bekalan air dan jalan di Labuan.


Unit Khas JKR

JKR Malaysia mempunyai Unit Khas JKR untuk melaksana, menyelaras, dan memantau projek-projek pembangunan persekutuan, Pihak Berkuasa Wilayah atau projek khas. Unit-unit ini diterajui oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab terus kepada KPKR. Unit Khas JKR ini antara lain terdiri dari JKR Pembangunan Persukutuan bagi Kelantan dan Sabah, JKR Pembangunan Wilayah KESEDAR, dan JKR Projek Khas Gerbang Selatan.


JKR Daerah/Jajahan dan Jabatan Bekalan Air

Setiap pejabat ini diketuai oleh seorang Jurutera Daerah atau Jurutera Jajahan (bagi negeri Kelantan) yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah JKR Negeri ataupun JBA Negeri (bagi negeri Perlis) untuk melaksanakan dan menyenggarakan projek-projek Persekutuan dan Negeri.

Pelan Strategi JKR

Bagi menyokong pelaksanaan Misi Nasional dan pencapaian Visi, JKR telah merangka Pelan Strategi yang sehaluan dengan 5 teras Misi Nasional untuk dijadikan panduan dalam melaksana strategi. Pelan strategi ini membantu kita untuk:

Menjelaskan keupayaan JKR dalam mewujudkan nilai yang akan diterima oleh semua pihak yang berkepentingan. Ini akan menjadi fokus kepada strategi.
Memaparkan keutamaan kita dan hubung kait antara matlamat dan cara kita mencapai matlamat tersebut.
Menggambarkan peranan Sektor, Cawangan, Unit, kumpulan dan individu dalam melaksanakan strategi JKR. Perspektif Internal Process dan Learning and Growth adalah pemboleh bagi perspektif Stakeholder dan Custome
Menghubungkan kad skor setiap lapisan organisasi JKR dan menyelaraskanya dengan haluan Pelan Strategi.