Pengarah Kanan : KOSONG
Setiausaha Pejabat : Farah Diyana binti Abd. Malik

Alamat Pejabat : 
 

Pejabat Pengarah Kanan
Cawangan Arkitek
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 11, Menara Tun Ismail Mohamad Ali
No.25, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur


No. Tel. : 03 - 2616 5045
 No. Fax 
03 - 2697 7430

Objektif

  • Merupakan peneraju di dalam penyampaian perkhidmatan reka bentuk dan penyelidikan seni bina di dalam JKR, di samping melaksanakan program-program pembangunan kepakaran seni bina agar dapat memberi perkhidmatan perunding teknikal seni bina yang terunggul.

  • Menjadi custodian kepada Disiplin Seni Bina JKR dan bertanggungjawab ke atas pembangunan kerjaya pegawai dan kakitangan dalam bidang seni bina untuk melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berintegriti.

Fungsi

  • Memberikan input dan khidmat pakar dalam pelaksanaan reka bentuk pelbagai fasiliti bangunan.

  • Menerajui pembangunan seni bina lestari di peringkat jabatan.

  • Ketua Disiplin Arkitek.

  • Menerajui Pengurusan Strategik Disiplin Arkitek.

  • Bertanggungjawab ke atas kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan dalam bidang seni bina.

  • Menyelaras dengan disiplin lain di Sektor Pakar bagi merancang pelaksanaan pembangunan reka bentuk dan perolehan.

  • Menghasilkan reka bentuk pelbagai fasiliti bangunan kerajaan yang menepati kos, kualiti dan tempoh siap yang dipersetujui oleh kementerian.

  • Memperkasakan proses kerja penyampaian reka bentuk fasiliti bangunan dan juga melaksanakan program-program menyokong pembangunan mampan dan lestari dari aspek seni bina.

  • Menjalankan kerja-kerja Forensik Seni Bina.

  • Mengadakan program-program pembangunan dan inovasi dalam bidang seni bina dan program pembangunan teknologi bangunan piawaian.

  • Menyediakan garis panduan, kajian, piawaian dan rujukan kesenibinaan.

  • Menjalankan program dan kajian usaha sama dengan beberapa IPT tempatan.

  • Melaksana tadbir urus Change Management untuk Building Information Modelling (BIM-JKR).

  • Latihan dan pembangunan kerjaya Disiplin seni bina dalam pelaksanaan Competency Based Human Resource Management (CBH-RM).