Pengarah : IR. MOHD NASIR bin BONTAT
Setiausaha Pejabat : NUR AQILAH BINTI MUSTAPHA

Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Blok D (Lama), Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur


No. Tel. : 03-2610 7725
No. Fax: 03-2694 0315

Objektif

  • Memastikan semua fasiliti jalan JKR sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa.

  • Mengekalkan kefungsian fasiliti jalan JKR bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomik untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang   optimum (optimum life cycle cost).

  • Memastikan perkhidmatan senggara fasiliti jalan JKR  yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Fungsi

  • Melaksana pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang bersepadu dan menyeluruh.

  • Menyedia sistem dan piawaian pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang seragam dan sistematik supaya tahap kefungsian dan keselamatan sesuatu aset fasiliti jalan dapat dipertingkatkan lagi.

  • Merancang dan menyelaras pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan di JKR Negeri dan Wilayah Persekutuan serta menjalankan audit senggara aset fasiliti jalan mengikut program yang ditetapkan.

  • Memberi khidmat nasihat kepada pemegang utama terhadap pengunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan fasiliti aset fasiliti jalan yang lebih berkesan dan ekonomik.

 

Perkhidmatan

  • Melaksanakan program pembaikan lokasi blackspot KPI YB Menteri Kerja Raya di Laluan Persekutuan Semenanjung Malaysia dan Labuan.
  • Melaksanakan program penambahbaikan lintasan pejalan kaki  searas 1 Malaysia di Laluan Persekutuan Semenanjung Malaysia dan Labuan.
  • Melaksanakan program menaiktaraf laluan strategik KPI YB Menteri Kerja Raya.
  • Melaksanakan program Auditan dan mengeluarkan pengiktirafan kepada Kilang Pengeluar Asphalt di seluruh semenanjung Malaysia.
  • Melaksanakan program Audit Kriteria Penerimaan bagi memudahkan penyerahan projek jalan siap kepada CSFJ.
  • Melaksanakan Program Ops Selamat bagi hari perayaan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.
  • Menyelaras permohonan pembangunan tepi jalan.
  • Menguruskan permohonan pewartaan jalan, had laju dan had muatan berat.
  • Menyediakan maklumat bencana alam melalui website e-bencana
  • Menguruskan operasi Pusat Pengurusan Bencana JKR.
  • Menerbitkan Buku Stastistik Jalan, Buletin Senggara Fasiliti Jalan (Peringkat Cawangan) dan Buletin Aset & Fasiliti (Peringkat Cawangan).
  • Menguruskan permohonan pemasangan papan tanda iklan di Jalan Persekutuan.
  • Menguruskan permohonan penutupan jalan untuk expedisi, treasure hunt dan sebagainya.
  • Menguruskan permohonan data geospatial (Agensi Kerajaan).
  • Menyediakan maklumat peta jalan JKR.
  • Mengurus pemasangan Jambatan Panel Berkeluli Bermodular.
  • Memastikan penyenggaraan jalan dan jambatan di Jalan Persekutuan berada dalam keadaan yang baik dan selamat kepada para pengguna dengan tanda amaran keselamatan yang secukupnya.
  • Menguruskan sebarang aduan yang diterima melalui SMS DAPAT/email/surat khabar dan surat.