Permohonan Latihan Industri

Permohonan Latihan Industri Secara Online:

a. Pemohonan ini adalah bagi pelajar yang ingin mengikuti latihan industri di Ibu Pejabat JKR Malaysia, Ibu Pejabat JKR Negeri dan JKR Daerah (kecuali  JKR Selangor, JKR Johor, JKR Perlis, JKR Sarawak dan JKR Sabah). Permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan/Swasta.

b. Pelajar peringkat Sijil yang ingin mengikuti latihan industri di Ibu Pejabat JKR Negeri atau JKR Daerah perlu mengemukakan surat permohonan pelajar terus ke pejabat JKR berkenaan dan tidak perlu memohon melalui Sistem Internship JKR.

c. Permohonan hanya akan diproses tiga (3) bulan sebelum tarikh menjalani latihan industri. Pelajar perlu membuat permohonan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.

d. Pemohonan boleh dibuat melalui capaian di  https://internship.jkr.gov.my/ (link is external)

e. Dokumen yang perlu disertakan semasa pengisian secara online di capaian di atas adalah:

i.  Surat Permohonan Latihan Industri daripada Institusi / Universiti

ii.  Resume Pelajar

iii. Transkrip akademik

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan urusetia Latihan Industri di talian:

Nama

Nombor Telefon

Email

En. Mohamad Ain Bin Ahmad

03-2618 8668

mohamadain [at] jkr.gov.my

Pn. Noraini Binti Kamaludin

03-2618 8489

norainik [at] jkr.gov.my

 

Alamat Pejabat :

Unit Kompetensi
Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Ting. 30, Blok G, Ibu Pejabat JKR
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur
Faks: 03-2618 8678