Perkhidmatan Pengurusan Projek

Di dalam bidang pengurusan projek, kami terlibat dalam merancang, merekabentuk, melaksana dan memantau projek. Semasa melaksanakan sesuatu projek, kami perlu mengimbangkan masa, sumber dan kualiti supaya dapat menyiapkan projek tersebut dengan memenuhi objektif dan keperluan pelanggan.

Terdapat dua cara untuk melaksanakan projek-projek kami:

  • Cara Konvensional
  • Cara Reka dan Bina (Design and Build)

 

Konvensional

Dengan menggunakan cara konvensional, semua perancangan dan rekabentuk dibuat secara dalaman (in-house). Fasa pembinaan dilakukan oleh kontraktor kami yang dilantik melalui proses tender. Untuk pengawasan dan pemantauan, kami mempunyai pilihan sama ada lakukannya sendiri atau melantik jurutera perunding untuk melakukannya.

Reka dan Bina

Bagi projek yang dilakukan secara reka dan bina, kami akan menentukan needs statement. Proses yang seterusnya akan bermula dari merancang, merekabentuk dan membina serta memantau akan dilakukan oleh kontraktor. Pada peringkat pembinaan, kami memainkan peranan sebagai juruaudit kualiti dan juga akan memantau projek pada keadaan yang tertentu.


Semua peringkat pengurusan projek yang dilakukan sama ada melalui cara konvensional atau cara reka dan bina, adalah dibatasi oleh Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Sistem ini merupakan usaha kami untuk mendapatkan produk yang berkualiti tinggi dan konsisten melalui kawalan proses.