Sabtu, Mei 30, 2015
| Style : syle1 syle2 syle3 syle4 syle5 | Bahasa : Malay (Malaysia) English (United Kingdom) | W3C Disability
   
Text Size
Log masuk

Unit Pengurusan Risiko

Unit Pengurusan Risiko

Pengenalan

Salah satu unit di bawah Cawangan PROKOM adalah Unit pengurusan risiko yang ditugaskan untuk membangunkan dan menginstitusikan sistem pengurusan risiko bagi projek pembangunan yang dilaksanakan oleh JKR. Ianya bertujuan untuk meningkatkan penyampaian projek melalui amalan terbaik dalam pengurusan projek, khususnya dalam aplikasi pengurusan risiko projek. Unit ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54) dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Kanan (J48) dan dua orang Penolong Pengarah (J41).


Fungsi

Unit Pengurusan Risiko mempunyai dua fungsi yang utama iaitu;

I.        Menginstitusikan pengurusan risiko projek dalam pengurusan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh jabatan.
II.       Mempelopori Sistem Pengurusan Risiko Agensi (Enterprise Risk Management) bagi jabatan.


Tugas-tugas utama
unit ini adalah;

I.       Membangunkan sistem pengurusan risiko projek serta penambahbaikan sistem melalui kajian semula;
II.       Membangunkan program aplikasi pengurusan risiko termasuk pembangunan kekompetenan pegawai dalam pengurusan risiko;
III.      Memberi sokongan teknikal kepada pengurus-pengurus projek dalam membangunkan Pelan Pengurusan Risiko;
IV.      Membangunkan Sistem Pengurusan Risiko Agensi (ERM);

Hak Cipta Terpelihara 2014 © PROKOM. Kerajaan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami atas penggunaan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik dengan Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome 11 dan Internet Explorer 7 ke atas.

Login Pengguna