Wednesday, November 13, 2019
| Style : syle1 syle2 syle3 syle4 syle5 | Bahasa : Malay (Malaysia) English (United Kingdom) | W3C Disability
   
Text Size
Login

Portfolio Office

There are no translations available.

Dalam akhir  tahun 2010 3PO telah berjaya ditubuhkan dan mula beroperasi walaupun secara pentadbiran dengan kekangan sumber. Fokus tahun 2010 adalah terhadap strategi pelaksanaan projek-projek RMK10 dimana prosesnya telah dimasukan dalam sistem SKALA.


Pada 2011 fokus adalah terhadap kesedaran kepada produk-produk amalan terbaik  Pengursan Projek yang telah dibangunkan oleh PROKOM.

"Roadshow" telah dilaksanakan meliputi semua Cawangan Ibu Pejabat JKR dan semua JKR Negeri. Program ini telah dikuti dan berjalan selari dengan program penerapan ilmu amalan terbaik kepada pegawai-pegawai sasaran. Disamping itu pegawai-pegawai yang dilatih telah dilantik sebagai agen-agen pelaksana amalan terbaik di tempat masing-masing seperti perlantikan pegawai risiko, pegawai penyemak pejadual program (scheduler), pegawai penilai Gerbang Nilai, pegawai Health Check, pegawai penyelaras ACAT dan fasilitator PMP. Program ini telah dapat dilaksanakan dalam tahun 2011 dimana tumpuan adalah diperingkat kesedaran dan penerapan ilmu amalan terbaik pengurusan projek.

Adalah dirancang bagi tahun 2012 program ini diteruskan dengan tumpuan kepada penghayatan ilmu dan amalannya dijadikan satu  budaya kerja dengan program 'coaching' dan pementoran. Ini dijangka dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan setelah pengstrukturan semula JKR diluluskan.


Dengan program jangka pendek dan sederhana yang diatur sasaran menaikan tahap Kematangan Pengurusan Projek ke tahap 3 dalam tahun 2015 Insyallah akan tercapai.

Copyright 2011 © PROKOM. The Government of Malaysia is not responsible for the loss of use of the information on this site.
Best viewed with Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome 11 and Internet Explorer 7 and above.

User Login