Butiran Aktiviti Seminar

TAJUK PROGRAM
PROGRAM EXPERT TALK SIRI 1/2011 'PEMBANGUNAN SENIBINA MAPAN'
LOKASI
TARIKH
Laman Ilmu, Menara TIMA, Kuala Lumpur 2011/03/01
PENGANJUR
PENCERAMAH
Bahagian Teknologi & Inovasi Bangunan, Cawangan Arkitek
SINOPSIS

Pada 1 MAC 2011 lalu, Bahagian Inovasi & Teknologi Bangunan, Cawangan Arkitek telah mengadakan Siri Expert Talk yang pertama bagi tahun 2011. Ceramah ini telah diadakan di Laman Ilmu, Cawangan Arkitek JKR, Menara Tun Ismail Mohamed Ali, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri seramai kira-kira 80 orang arkitek JKR dari seluruh Malaysia.

 

Program ini memperkenal dan mengenengahkan penglibatan beberapa  penceramah jemputan dari kalangan para praktis professional yang berada di sektor kerajaan  mahupun di sektor swasta supaya pencapaian dalam merealisasikan Pembangunan Mapan akan lebih berdaya maju dan berupaya menjalinkan hubungan jaringan e-pengetahuan yang lebih efisyen.

 

Kali ini pihak penganjur telah menjemput dua orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang senibina mapan. Penceramah pertama adalah En. Adrianta Aziz dari firma Akitek Rekabina . Beliau telah menyampaikan ceramah tentang cadangan rekabentuk mapan Menara Felcra di Jalan Gurney Kuala Lumpur . Penceramah kedua pula adalah Ar. Nafisah Radin dari firma NR Architects. Topik yang telah disampaikan oleh beliau adalah mengenai rekabentuk bangunan hijau Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang terletak di Persint 2, Putrajaya. Kedua-dua bangunan ini telah mendapat penarafan bangunan hijau dengan klasifikasi - PLATINUM oleh Green Building Index Sdn. Bhd.

 

Melalui program sebegini, para professional dapat berkongsi pendapat, pengalaman dan berkongsi idea-idea reka bentuk berhubung isu-isu  seni bina, 'trend' dan teknologi hijau yang terkini.  Perlaksanaan program ini juga diharap akan dapat mencapai objektifnya sekaligus berupaya mempertingkatkan lagi pengetahuan dan minda para perka bentuk Arkitek JKR dari masa ke semasa.

 

Selain itu, tujuan siri ceramah ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada para pereka bentuk  JKR dalam merealiasasi proses mereka bentuk bangunan yang praktikal  melalui pendekatan senibina yang lebih mesra alam serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para pereka bentuk JKR dan sekaligus menambah yakin diri untuk mereka bentuk bangunan pasif dan berkecekapan tenaga.

 

Diharapkan program ini dapat membuka minda dan memantapkan pengetahuan para perekabentuk JKR dan seterusnya menerapkan ciri-ciri pembangunan mapan ke dalam projek-projek JKR demi kemudahan generasi yang akan datang. Go Green!!!

LAMPIRAN