Perkhidmatan 3D

Mesyuarat SL = Slide Show – FS = Full Screen Pulau Pinang pada 19aaaa hingga SL – Slide Show aaaa FS – Full Screen di Hotel Hydro, Batu Ferringhi,

Pengenalan
Perkhidmatan 3D & Animasi bertujuan membantu bahagian-bahagian pereka bentuk senibina dalam penyediaan visual grafik maya bentuk 3 Dimensi (3D) dan animasi. Penekanan dan tumpuan diberikan untuk meningkatkan kualiti persembahan supaya memudahkan lagi pelanggan memahami produk dengan cepat dan jelas.

Kelayakan Pemohon
Perkhidmatan 3D & Animasi disediakan untuk Bahagian-bahagian RekaBentuk Fasiliti Senibina Cawangan Arkitek. Projek-projek khas dari JKR Negeri yang memerlukan khidmat ini perlu melalui Unit-Unit RekaBentuk Fasiliti Senibina Cawangan Arkitek iaitu mengikut kategori bangunan atau pelanggan.

Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan

i. Perspektif Luaran (exterior) bangunan atau sesebuah kompleks (tapak).

ii. Animasi (exterior) bangunan atau sesebuah kompleks (tapak).

Cara Memohon Perkhidmatan

Pemohonan perlu dikeluarkan oleh Ketua Unit/Bahagian melalui borang permohonan kerja 3D yang disediakan.

Bahagian Kepakaran Multimedia, Cawangan Arkitek.

(En. Shamsul Nazair Bin Mohd Yunus dan En. Wan Mohd Norafizul Wan Ahmad)

i.  Klik – ( Borang Urusan Rasmi : Borang Permohonan 3D ) ‘Save Link As… pdf ‘

ii. Sila penuhkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam borang dan hantar
kepada pegawai seperti nama-nama di atas.