Butiran Aktiviti Seminar

TAJUK PROGRAM
Seminar Inovasi Bahan Binaan Mapan Siri 1/2011
LOKASI
TARIKH
Laman Ilmu, Menara TIMA 2011/04/12-13
PENGANJUR
PENCERAMAH
KTB3, Bahagian Teknologi & Inovasi Bangunan
SINOPSIS

Satu ceramah mengenai bahan binaan mapan telah diadakan pada 12 hingga 13 April 2011 yang lalu,

anjuran BahagianTeknologi & Inovasi Bangunan, Cawangan Arkitek, JKR. Seminar tersebut diadakan

bertujuan untuk mendedahkan kepada golongan professional dan sokongan terhadap penggunaan bahan binaan mapan di dalam melaksanakan projek-projek JKR. Seminar ini adalah sebagai menepati  Dasar Teknologi Hijau serta Green Building Index sepertimana yang telah diwawarkan oleh kerajaan dalam mempertingkatkan lagi pengetahuan pereka bentuk Arkitek JKR dari masa ke semasa agar pembangunan mapan  dapat dicapai.

 

Seminar ini juga adalah bertujuan untuk mendedahkan dan meningkatkan kefahaman pereka bentuk mengenai pemilihan bahan binaan mapan serta teknologi hijau yang terkini. Selain dari itu, tujuan utama seminar ialah untuk memperkenalkan secara meluas konsep penggunaan bahan mapan yang kepada perekabentuk  JKR di samping  berkongsi pendapat dan pengalaman bersama para penceramah.

 

Seminar ini telah diadakan di Laman Ilmu, Cawangan Arkitek, Tingkat 7, Menara TIMA, Kuala Lumpur. Di antara penceramah jemputan  adalah terdiri dari pakar-pakar daripada 8 syarikat pembekal seperti Poly Glass Fibre Insulation, Perunding EndahAlam SdnBhd, Monier Sdn Bhd, Innocera Marketing Sdn Bhd, Carpets International Malaysia, Wilhams Insulation Far East Sdn Bhd, Econax Sdn Bhd dan Karci Jaya Enterprise Sdn Bhd. Seramai  80 orang peserta telah hadir yang terdiri dari pegawai professional dan pegawai sokongan dari Cawangan Arkitek serta Cawangan Kerja Luar IPJKR.  Seminar selama 2 hari nini telah member peluang kepada para pembekal jemputan untuk mempamerkan produk hijau  masing-masing seperti bahan penebat bumbung & dinding,  healthcare flooring, sanitaryware & fittings, carpets dan architectural roofing products.

LAMPIRAN
foto seminar