BAHAGIAN MARITIM



Hubungi Kami
Alamat Bahagian Maritim

Alamat
BAHAGIAN MARITIM
Cawangan Pangkalan Udara & Maritim,
Tingkat 7,
Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur

No. Telefon
03-26107206

No. Faks
03-26986162


PEMERIKSAAN JETI OPERASI KDSI

PENGENALAN

        Satu lawatan teknikal menilai kerosakan jeti operasi dan rumah bot di KD Sultan Ismail, Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih, Pengerang Johor telah dilakukan pada 20 Julai 2011 dan disusuli lawatan pemeriksaan lawatan kedua pada 12 hingga 13 Oktober 2011 bersama pegawai-pegawai Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR, JKR Unit Kerja Tentera KDSI serta pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia. Kedua-dua lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat berkaitan kerosakan dan pembaikan di JKR Unit Kerja Tentera KDSI serta diakhiri dengan pemeriksaan ke atas jeti operasi dan rumah bot.

TUJUAN LAWATAN DAN SKOP PEMERIKSAAN

        Lawatan tapak telah dihadiri oleh pegawai Unit Maritim, Cawangan Pangkalan Udara Dan Maritim. Tujuan utama pemeriksaan dijalankan adalah untuk mengumpul data dan mengenalpasti kerosakan-kerosakan yang berlaku terutama struktur yang mengalami pengaratan. Skop pemeriksaan adalah merangkumi komponen struktur konkrit dan struktur keluli termasuklah struktur dalam air seperti berikut :

i) Membuat semakan ke atas maklumat struktur seperti sejarah, lukisan struktur, susunatur dan perincian.

ii) Membuat pemeriksaan visual untuk mendapatkan keadaan sediada struktur dan mendapatkan bilangan kerosakan melalui cerapan foto, lokasi dan dimensi terhadap pengaratan seperti keretakan, konkrit pecah (spalling), pengaratan tetulang dan pengaratan struktur keluli.

iii) Menilai dan menganalisa maklumat hasil pemeriksaan dan membuat pengesyoran tindakan pembaikan yang perlu dilakukan beserta kos melalui laporan kepada pihak pelanggan.

 

                                      

      Rajah 1 : Keadaan Keseluruhan Sistem Fender

 

                                       

                                                               Rajah 2 : Pengaratan pada Steel Pipe Pile Slipway

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan