Utama
Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami komited untuk menyediakan infrastruktur lapangan terbang dan maritim bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

Cawangan ini akan sentiasa memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam aspek perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan dalam segala projek dan program dengan memberi penekanan kepada:

•    Jangka masa yang ditetapkan
•    Kos yang ekonomik
•    Rekabentuk yang berkualiti dan mapan

Cawangan ini akan memastikan infrastruktur Lapangan Terbang dan Maritim yang dipertanggungjawabkan berfungsi sebagaimana yang ditetapkan.

Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukan yang mencukupi dan brif projek yang lengkap, tempoh yang akan diambil dari penerimaan brif projek yang lengkap sehingga serahan kepada pelanggan adalah seperti berikut:

•    22 bulan bagi pelan piawai untuk kos projek RM25 juta ke bawah
•    26 bulan bagi pelan piawai untuk kos projek RM25 juta hingga RM50 juta
•    32 bulan bagi pelan piawai untuk kos projek melebihi RM50 juta hingga RM100 juta
•    36 bulan bagi pelan piawai untuk kos projek RM100 juta ke atas
•    Untuk rekabentuk baru, tempoh penyiapan adalah sebagaimana dipersetujui bersama pelanggan

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan