Jalinan dibentuk sesama kita,
Ikhlas dibina niat utama,
Memori diukir membentuk cerita,
Menjadi nostalgia kenangan bersama
Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalaulah ada umur nan panjang,
Insya-Allah kita kan bertemu lagi
Rabu 31 Disember 2014, telah diadakan majlis perpisahan pegawai dan pelajar latihan industri Bahagian Pengangkutan Darat, CPUM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 19, Menara PJD, Kuala Lumpur.
Pegawai yang diraikan adalah;
1. En. Ahmad Syukri Bukhari (Unit MRT) J44 :- berpindah ke PROKOM
2. Pn. Syaherza Senan (Unit RTS) J41 :- berpindah ke Caw. Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi
3. En. Mohd Aswarudin Awang@Muda (Unit BRT) J41 :- berpindah ke Caw. Pengurusan Aset Bersepadu
4. En. G.Jaganant Gunalan (Unit RTS) J41 :- berpindah ke Kementerian Luar Negeri
dan pelajar latihan industri dari Segi University iaitu Cik Kannia yang telah ditempatkan di Unit MRT.
Didoakan semoga kalian semua terus mencapai kejayaan di tempat baru dan terus berjaya di dalam kerjaya