![]() |
Jeti Marina Slipway Pontoon Pemencah Ombak Rumah Api Perlindungan Api Penebus Gunaan & Pengeruk |
FUNGSI BAHAGIAN MARITIM |
Un tuk menganalisa da n memahami setiap gagasan idea dan keperluan pelanggan, keperluan teknikal serta menggabungkan dengan amalan pengurusan terbaik seperti Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB), Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) dan Pengurusan Risiko yang akan membawa kepada kejayaan pelaksanaan projek kami.
|
||
Pasukan reka bentuk kami bersama-sama dengan arkitek, jurutera mekanikal, jurutera elektrik, juruukur tanah dan juruukur bahan mampu untuk menghasilkan reka bentuk bersama-sama dengan Cawangan Pakar lain. Pelbagai perisian rekabentuk yang terdapat di bahagian kami iaitu STADD Pro, STRAP, Plaxis, Reward and Slope/W, future procurement MIKE 21, Shipma digunakan untuk mencapai rekabentuk yang ekonomik melalui pelaksanaan kejuruteraan nilai.
|
||
Pasukan pengawasan pengurusan tapak yang profesional akan memenuhi kehendak dan ekspetasi pelanggan dimana berjaya menyempurnakan projek dalam masa, kos ekonomik yang diperuntukkan dengan kualiti kerja yang tinggi bagi memenuhi keperluan sejagat sebagai negara membangun.
|
||
Bahagian ini juga memberi tumpuan kepada penilaian dan pemuliharaan kejuruteraan struktur bagi meminimumkan risiko kegagalan struktur. Setelah masalah dikenal pasti dan dikuantitikan, pelbagai pilihan pemuliharaann akan dikaji oleh pasukan pembaikan kami untuk menentukan penyelesaian yang paling kos efektif serta memenuhi kehendak pelanggan kami.
|
||