- Penerimaan
- Pendaftaran
- Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
- Penyelenggaraan
- Pelupusan
- Kehilangan dan Hapus Kira
Pengurusan Aset Alih Cawangan Pangkalan Udara & Maritim adalah bertanggungjawab untuk memastikan perkara-perkara di atas dijalankan mengikut proses sepertimana yang digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Sebarang proses dan laporan berkaitan aset peringkat cawangan haruslah melalui Unit Pengurusan Aset Jabatan Kerja Raya selaku urusetia.
Pengurusan Aset Alih Cawangan Pangkalan Udara & Maritim juga perlu mengemukakan Laporan Aset Alih Suku Tahun sebanyak empat kali setahun dan rumusan kedudukan aset melalui Laporan Aset Alih Tahunan sekali setahun bagi tujuan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih peringkat Jabatan Kerja Raya.
Pegawai Aset Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim turut dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik daripada bahagian-bahagian di dalam Cawangan. Terdapat dua lantikan iaitu lantikan ahli jawatankuasa utama dan lantikan ahli jawatankuasa sokongan.
Ahli Jawatankuasa Utama
Jawatan-jawatan berikut adalah dilantik oleh Pegawai Pengawal (Kementerian):
Pegawai Aset Cawangan
Pegawai Pemeriksa Aset Cawangan
Pegawai Pemverifikasi Stor
Lembaga Pemeriksa
Ahli Jawatankuasa Sokongan
Jawatan-jawatan berikut adalah dilantik oleh Pegawai Pengawal (Cawangan):
Pegawai Aset Bahagian
Pegawai Pengangkutan
Pegawai Penerima
Pegawai Stor Cawangan
Pegawai Pemeriksa Stor
Pegawai Stor Bahagian