Page 5 - PAP 2.0 Edisi 1 : JKR Pre-Approved Plans Bagi RMKe-11
P. 5

i
                                                                                                                              KATA ALUAN

                                                                                                                              KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA




                                                                                                                                                       Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016 – 2020 : Prospek
                                                                                                                                                       Ekonomi, Teras Strategik dan Penyediaan Projek Pembangunan yang dikeluarkan
                                                                                                                                                       oleh Unit Perancang Ekonomi telah menetapkan keperluan untuk semua agensi
                                                                                                                                                       kerajaan menggunakan Pre-Approved Plan (PAP) bagi bangunan kerajaan yang
                                                                                                                                                       telah disediakan oleh JKR untuk projek-projek RMK 11. Lanjutan dari itu, satu
                                                                                                                                                       surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah dikeluarkan pada 16
                                                                                                                                                       Disember 2016 bagi penguatkuasaan ke atas peraturan berkaitan penggunaan
                                                                                                                                                       Rekabentuk PAP dan Industrialised Building System (IBS) bagi Projek-Projek
                                                                                                                                                       Kerajaan.
                                                                                                                                                       JKR telah pun menghasilkan 100 bilangan reka bentuk bangunan yang terdiri
                                                                                                                                                       daripada 17 kategori bangunan dan kesemua rekabentuk ini telah pun dimuatkan
                                                                                                                                                       dalam buku JKR PRE-APPROVED PLANS (PAP) bagi RMK 11 terbitan Disember
                                                                                                                                                       2015.
                                                                                                                               Pada tahun 2016, JKR telah meningkatkan lagi bilangan reka bentuk PAP dengan menambah sejumlah 20
                                                                                                                               bilangan reka bentuk dari pelbagai kategori bangunan. Reka bentuk ini adalah JKR PRE-APPROVED PLANS : SIRI
                                                                                                                               KE 2 EDISI PERTAMA dan kesemua reka bentuk PAP baru ini juga dihasilkan oleh pegawai profesional JKR secara
                                                                                                                               konvensional dalaman. JKR telah menggunakan pendekatan yang sama dalam melaksanakan reka bentuk
                                                                                                                               tersebut iaitu berdasarkan dimensi modular dengan kaedah pembinaan IBS serta penerapan ciri-ciri reka bentuk
                                                                                                                               yang lestari.

                                                                                                                               Buku ini adalah kesinambungan kepada Buku Reka Bentuk PAP Terbitan Pertama dan bertujuan menambah
                                                                                                                               serta memberi lebih banyak pilihan reka bentuk PAP kepada agensi dalam menjayakan pelaksanaan projek
                                                                                                                               pembangunan bagi RMK 11. JKR amat komited sebagai agensi teknikal dalam memberi perkhidmatan
                                                                                                                               rekabentuk bangunan yang terbaik, selamat dan ekonomik kepada kerajaan secara berterusan.

                                                                                                                               Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat
                                                                                                                               yang telah berusaha gigih untuk menghasilkan JKR PRE-APPROVED PLANS : SIRI KE 2 EDISI PERTAMA.


                                                                                                                               Salam Hormat,

                                                                                                                               DATO’ SRI  Ir. Dr. ROSLAN BIN MD TAHA


       JABATAN KERJA RAYA                                                                                                                                                                                   JABATAN KERJA RAYA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10