Page 6 - PAP 2.0 Edisi 2 : JKR Pre-Approved Plans Bagi RMKe-11
P. 6

i
                                                                                                                              KATA ALUAN

                                                                                                                              KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA



                                                                                                                                                      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
                                                                                                                                                      Salam Sejahtera dan Salam 1JKR.
                                                                                                                                                      Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan
                                                                                                                                                      izin dan limpah kurniaNya jua, Buku PAP Siri 2.2 berjaya diterbitkan. Syabas dan
                                                                                                                                                      tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga kerja JKR yang terlibat dalam penyediaan
                                                                                                                                                      buku ini. Buku ini akan menjadi rujukan kepada Agensi/ Kementerian dalam
                                                                                                                                                      pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11).
                                                                                                                                                      Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui surat 16 Disember 2016 telah
                                                                                                                                                      menguatkuasakan peraturan berkaitan penggunaan reka bentuk PAP dan
                                                                                                                                                      Industrialised Building System (IBS) dalam pelaksanakan projek-projek kerajaan. Ini
                                                                                                                                                      sejajar dengan Garis Panduan Penyediaan RMKE-11, 2016-2020: Prospek Ekonomi,
                                                                                                                                                      Teras Strategik Dan Penyediaan Projek Pembangunan telah menetapkan pengunaan
                                                                                                                                                      Pre-Approved Plan (PAP) kepada semua Agensi/Kementerian yang terlibat dalam
                                                                                                                                                      melaksanakan projek-projek bangunan kerajaan dibawah RMKE-11.
                                                                                                                              Penerbitan Buku PAP Siri 2.2 adalah kesinambungan daripada buku PAP Siri 1 terbitan Disember 2015 dan Siri 2
                                                                                                                              Edisi Pertama terbitan Januari 2017 dengan penambahan sebanyak 30 bilangan reka bentuk bangunan PAP yang
                                                                                                                              baharu di bawah JKR PRE-APPROVED PLANS (PAP): SIRI KE-2 EDISI KEDUA, dengan tambahan 5 kategori reka
                                                                                                                              bentuk baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 150 reka bentuk di bawah 24 kategori bangunan. Ia
                                                                                                                              bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan reka bentuk kepada Agensi/ Kementerian dalam menjayakan
                                                                                                                              pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).
                                                                                                                              Pendekatan yang sama telah digunakan dalam melaksanakan reka bentuk tersebut, iaitu berdasarkan kepada
                                                                                                                              sistem koordinasi modular dengan kaedah pembinaan sistem binaan berindustri (IBS) beserta penerapan ciri-ciri
                                                                                                                              reka bentuk yang lestari. Sebagai langkah penambahbaikan, 3 rekabentuk dari 30 rekabentuk PAP 2.2 telah
                                                                                                                              dibangunkan menggunakan Building Information Modelling (BIM), selaras dengan usaha JKR untuk
                                                                                                                              mengaplikasikan teknologi baharu dalam bidang pembinaan. Untuk makluman, Buku PAP Siri 1 dan Siri 2 telah
                                                                                                                              dimuat naik dalam portal rasmi jabatan dan dibukukan sebagai JKR PRE-APPROVED PLANS (PAP).
                                                                                                                              Usaha menerbitkan buku ini bertepatan dengan hasrat JKR untuk menjadi agensi teknikal utama negara yang
                                                                                                                              unggul dalam memberikan perkhidmatan reka bentuk bangunan yang terbaik, selamat dan ekonomikal kepada
                                                                                                                              kerajaan secara berterusan.
                                                                                                                              Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam
                                                                                                                              menghasilkan JKR PRE-APPROVED PLANS (PAP): SIRI KE-2 EDISI KEDUA.

                                                                                                                              DATO’ SRI  Ir. Dr. ROSLAN BIN MD TAHA
                                                                                                                              Januari 2018

       JABATAN KERJA RAYA                                                                                                                                                                                   JABATAN KERJA RAYA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11