Page 7 - PAP : JKR Pre-Approved Plans Bagi RMKe-11
P. 7

i



                                                                                                                              KATA- KATA ALUAN  KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA




                                                                                                                                                       Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sebagai agensi teknikal kerajaan sentiasa
                                                                                                                                                       komited dalam menjayakan agenda pembangunan negara pada setiap
                                                                                                                                                       pelaksanaan Rancangan Malaysia. Berdasarkan Garis Panduan Penyediaan
                                                                                                                                                       Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) bertarikh 19 Disember 2014 maka
                                                                                                                                                       kementerian/agensi mesti menggunakan Pre-Approved Plans (PAP) Bangunan
                                                                                                                                                       yang telah disediakan JKR sebagai usaha untuk memantapkan perancangan dan
                                                                                                                                                       pelaksanaan projek pembangunan dalam RMKe-11.

                                                                                                                                                       JKR Pre-Approved Plans adalah salah satu inisiatif transformasi JKR yang
                                                                                                                                                       menyumbang dalam mempercepatkan perancangan projek kerana pendekatan
                                                                                                                                                       inovatif, iaitu ketersediaan reka bentuk yang lengkap dengan reka bentuk seni
                                                                                                                                                       bina, struktur, mekanikal dan elektrikal serta senarai kuantiti (BQ) bangunan PAP
                                                                                                                                                       tersebut. Saya  amat  berbangga kerana kesemua reka bentuk PAP adalah
                                                                                                                              dihasilkan oleh profesional JKR secara konvensional dalaman. Di samping itu juga JKR telah melaksanakan reka
                                                                                                                              bentuk tersebut berdasarkan sistem kordinasi modular dengan kaedah pembinaan sistem binaan berindustri
                                                                                                                              (IBS) serta penerapan ciri-ciri reka bentuk yang lestari.

                                                                                                                              Dengan terhasilnya buku JKR PRE-APPROVED PLANS (PAP) BAGI RMKE-11 maka saya amat berharap agar semua
                                                                                                                              kementerian dan agensi dapat memanafaatkan reka bentuk bangunan PAP dan maklumat-maklumat asasnya
                                                                                                                              yang tersedia di dalam buku ini sebagai panduan dan rujukan untuk memantapkan perancangan dan
                                                                                                                              pelaksanaan projek pembangunan bagi RMKe-11. Saya pasti JKR akan berterusan menambah bilangan reka
                                                                                                                              bentuk PAP yang berkualiti serta menepati hasrat kementerian dan agensi.

                                                                                                                              Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat
                                                                                                                              yang telah berusaha gigih untuk menghasilkan JKR PRE-APPROVED PLANS (PAP) BAGI RMKE-11.

                                                                                                                              Terima kasih.



                                                                                                                              Datuk Ir. Adanan Bin Mohamed Hussain
                                                                                                                              KETUA PENGARAH KERJA RAYA
                                                                                                                              JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
                                                                                                                              IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
                                                                                                                              Disember 2015
       JABATAN KERJA RAYA
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12