Page 6 - PAP 2.0 Edisi 3 : JKR Pre-Approved Plans Bagi RMKe-11
P. 6

i
                                                                                                                              KATA ALUAN

                                                                                                                              KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA



                                                                                                                                                      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,
                                                                                                                                                      Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya jua,
                                                                                                                                                      Buku PAP Siri 2.3 berjaya diterbitkan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Garis Panduan
                                                                                                                                                      Penyediaan Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020: Prospek Ekonomi, Teras Strategik Dan
                                                                                                                                                      Penyediaan Projek Pembangunan telah menetapkan pengunaan Pre-Approved Plan (PAP) sebagai
                                                                                                                                                      salah satu usaha memantapkan perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan negara.


                                                                                                                                                      PAP yang dibangunkan adalah merupakan inisiatif JKR dijadikan sebagai panduan dan rujukan
                                                                                                                                                      kepada Kementerian/Agensi Kerajaan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan
                                                                                                                                                      pada masa hadapan.  JKR sentiasa membuat pengemaskinian dan penambahan koleksi
                                                                                                                                                      reka  bentuk  bangunan  PAP  dari  semasa  ke  semasa  untuk  kesesuaian  dan
                                                                                                                                                      keperluan Kementerian/Agensi Kerajaan semasa membuat pemilihan reka bentuk bangunan
                                                                                                                                                      yang akan dibina.


                                                                                                                              Sehingga akhir tahun 2017, sebanyak 150 bilangan reka bentuk bangunan PAP yang terdiri daripada 24 kategori bangunan telah
                                                                                                                              berjaya dihasilkan. Pada tahun 2018, JKR telah berjaya menghasilkan tambahan 30 bilangan reka bentuk bangunan PAP yang
                                                                                                                              baharu di bawah JKR PRE-APPROVED PLANS (PAP): SIRI KE-2 EDISI KETIGA dengan penambahan 4 kategori reka bentuk
                                                                                                                              bangunan. JKR telah menggunakan pendekatan yang sama dalam melaksanakan reka bentuk tersebut iaitu berdasarkan kepada
                                                                                                                              sistem kordinasi modular dengan kaedah pembinaan sistem binaan berindustri (IBS) berserta penerapan ciri-ciri reka bentuk
                                                                                                                              lestari. Sebagai satu langkah penambahbaikan, kesemua 30 reka bentuk bangunan PAP 2 Edisi 3 ini telah dibangunkan
                                                                                                                              secara Building Information Modelling (BIM) bagi mempamerkan keupayaan JKR dalam mengaplikasikan teknologi baharu dalam
                                                                                                                              industri pembinaan selaras dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) bagi merealisasikan dasar digital malaysia.
                                                                                                                              Penerbitan buku ini adalah kesinambungan daripada buku PAP sebelum ini dengan penambahan koleksi bilangan reka bentuk
                                                                                                                              bangunan PAP yang memberikan lebih banyak pilihan reka bentuk kepada Agensi/Kementerian dalam menjayakan pelaksanaan
                                                                                                                              projek pembangunan di bawah RMKe-11. Sebagai sebuah agensi teknikal kerajaan, JKR akan sentiasa terus komited dalam
                                                                                                                              memberikan perkhidmatan reka bentuk bangunan yang terbaik, selamat dan ekonomikal kepada kerajaan secara berterusan. Akhir
                                                                                                                              kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ribuan terima kasih

                                                                                                                              DATO’ SRI  Ir. Dr. ROSLAN BIN MD TAHA
                                                                                                                              Januari 2019





       JABATAN KERJA RAYA                                                                                                                                                                                       JABATAN KERJA RAYA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11