Kumpulan Creative Thinkers yang diwakili oleh Bahagian Pengurusan Portfolio telah dicalonkan oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal untuk menyertai pertandingan sempena Hari Inovasi KKR Tahun 2017 dalam kategori Anugerah Inovasi ICT. Kumpulan tersebut telah membawa hasil produk inovasi berkaitan sistem pemantauan projek secara komprehensif yang dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Access.

Kumpulan Creative Thinkers ditubuhkan pada Januari 2017 dan dianggotai empat (4) orang ahli iaitu seorang Jurutera Mekanikal Kanan, dua orang Jurutera Mekanikal dan seorang Pembantu Jurutera Mekanikal. Kumpulan ini diketuai oleh Encik Izzat Zumairi Bin Che Harun dan dianggotai oleh Muhd Nor Ridhwan bin Zainal Abidin, Mohamad Saiful bin Abdul Rani dan Hazlin bin Hamat Sawawi. En Wan Mohammad bin Salleh merupakan penasihat bagi kumpulan ini.

Lawatan panel penilai yang terdiri daripada wakil CIDB, LLM, KKR serta JKR telah diadakan di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal pada 20 September 2017. Sesi tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Rekabentuk CKM Ir. Mamat Rohizan bin Abdullah dan dihadiri oleh ahli kumpulan Creative Thinkers. Taklimat berkaitan produk inovasi telah disampaikan oleh En. Muhd Nor Ridhwan bin Zainal Abidin yang menerangkan kelebihan serta impak inovasi tersebut berbanding sistem konvensional yang diamalkan sebelum ini.

Pada 25 Oktober 2017, produk inovasi daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal ini telah dinobatkan selaku pemenang tempat ketiga mewakili Jabatan Kerja Raya dalam pertandingan sempena Hari Inovasi KKR 2017 dalam kategori AIICT. Sijil dan cek telah disampaikan kepada Pengarah Kanan CKM Ir. Gopal Narian Kutty, JMPK Bahagian Pengurusan Portfolio En. Wan Mohammad bin Salleh serta JM Bahagian Pengurusan Portfolio En. Muhd Nor Ridhwan bin Zainal Abidin. Tahniah dan syabas diucapkan di atas kemenangan ini.

Share This Post:

ckmadmin


Related Posts