Tanggal 28 Februari 2018, telah berlangsung Majlis penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak kepada kontraktor yang dilantik bagi Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penggantian Sistem Penyaman Udara Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Hospital Serdang, Selangor di Blok G, Menara KKR. Penyerahan Dua Dalam Satu ( Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak ) ini adalah julung kalinya dibuat secara bersekali.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Y.Bhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Objektif kerja-kerja pembaikan adalah bagi menyelesaikan masalah kondensasi sistem penyaman udara yang berlaku di Hospital Serdang. Projek ini merupakan projek pembaikan retrofit yang melibatkan sistem penyaman udara, sistem penggantungan siling dan integriti concrete slab bagi hospital yang sedang digunakan dengan sistem sediada sedang beroperasi.
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal telah dilantik sebagai Head of Project Team (HOPT) dan Pegawai Penguasa projek kerana skop kerja mekanikal merupakan bahagian utama di dalam projek ini. Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara pakej yang turut melibatkan kerja-kerja awam dan kerja-kerja elektrik.