Pada 6 November 2017 telah diadakan Majlis Perjumpaan Pengarah Kanan CKM Bersama Pegawai KADER (Mekanikal) JKR Malaysia Tahun 2017 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Mesyuarat ini merupakan platform antara CKM Ibu Pejabat dan KADER untuk perkongsian maklumat terkini berkaitan CKM dan KADER. Mesyuarat tersebut dimulakan dengan perutusan dari Ir. Gopal Narian Kutty, Pengarah Kanan CKM dan pengesahan minit bagi mesyuarat yang lalu. Seterusnya, diadakan pembentangan kertas kerja seperti berikut:

 

Pembentangan Kertas Kerja 1

Tajuk: Kemajuan Kerjaya Laluan Pantas (Fast Track)

Oleh : JMPK Azizun Binti Hashim

 

Pembentangan Kertas Kerja 2

Tajuk: Fungsi Bahagian Mekanikal di Jabatan Perkhidmatan Pembentungan

Oleh : JMK Suhaimi Bin Mohammad

 

Selain itu, turut diadakan perbincangan hal-hal lain dan isu-isu yang dihadapi di KADER. Mesyuarat kemudiannya ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.

Share This Post:

ckmadmin


Related Posts