Mesyuarat Penyelarasan Projek-projek Persekutuan & MHPV CKM Bil.3 Tahun 2017 telah berlangsung bermula 25 hingga 27 Oktober 2017 bertempat di Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Mesyuarat ini merupakan platform bagi pegawai-pegawai kanan CKM di Ibu Pejabat dan Negeri untuk pemantauan prestasi projek serta penyampaian maklumat terkini berkaitan CKM dan JKR. Seramai 34 orang pegawai kanan mekanikal termasuk Pengarah Kanan dan juga Ketua Jurutera Mekanikal Negeri telah menghadiri mesyuarat ini.

Perkara-perkara yang telah dibentangkan dalam mesyuarat adalah:

1.      Laporan Pembentangan Pelaksanaan & Pemantauan Projek oleh Bahagian Pengurusan Portfolio;

2.      Laporan Status Pelaksanaan SKala DLP oleh Bahagian Pakar Forensik Bunyi dan Senggara;

3.      Laporan Perbelanjaan Mengurus & Pembangunan MHPV 2017, Laporan PiKAT, dan Laporan SPaRK oleh Bahagian Pakar Pembangunan Kuari & Loji; dan

4.      Laporan Pembentangan Pelaksanaan & Pemantauan Projek serta Laporan Pembentangan Perancangan Perbelanjaan Mengurus & Pembangunan MHPV 2017 oleh Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Sembilan.

 

Selain itu, turut diadakan pembentangan kertas kerja seperti berikut:

               1.      Pembentangan Kertas Kerja 1

                       Tajuk: Kemajuan Kerjaya Laluan Pantas (Fast track)

                       Oleh: JMPK Azizun Binti Hashim

               2.    Pembentangan Kertas Kerja 2

           Tajuk: Garis Panduan Rekabentuk Bangunan Pesisir Pantai

                      Oleh: JMK Ir Yahyatu Nizam Bin Yahaya

               3.    Pembentangan Kertas Kerja 3

Tajuk: Taklimat 1PP Berkenaan Kontrak Pusat Bagi Perolehan Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah Alat pemadam Api Mesra Alam Aerohub Aerosol Fire Suppression System Dan 1MY227 Clean Agent Fire Suppression System Di Bangunan Kerajaan Di Seluruh Malaysia.

                      Oleh: Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad

 

Sesi lawatan tapak projek ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Projek KK3 dan Kuarters, Rembia, Alor Gajah turut diadakan pada sesi petang hari kedua.  

Share This Post:

ckmadmin


Related Posts