Mesyuarat Penyelarasan Projek-projek Persekutuan & MHPV CKM Bil.1 Tahun 2018 telah berlangsung bermula 21 hingga 23 Februari 2018 bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 2, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.   Mesyuarat ini merupakan platform bagi pegawai-pegawai kanan CKM di Ibu Pejabat dan Negeri untuk pemantauan prestasi projek dan penyampaian maklumat terkini berkaitan CKM dan JKR.

Perkara-perkara yang telah dibentangkan dalam mesyuarat adalah:

1.      Laporan Pembentangan Pelaksanaan & Pemantauan Projek oleh Bahagian Pengurusan Portfolio;

2.      Laporan Status Pelaksanaan SKala DLP oleh Bahagian Pakar Forensik Bunyi dan Senggara;

3.      Laporan Perancangan Perbelanjaan Mengurus & Pembangunan MHPV 2018, Laporan PiKAT, dan Laporan SPaRK oleh Bahagian Pakar Pembangunan Kuari & Pengurusan Aset; dan

4.      Laporan Pembentangan Pelaksanaan & Pemantauan Projek serta Laporan Pembentangan Perancangan Perbelanjaan Mengurus & Pembangunan MHPV 2018 oleh Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Selangor, WP Labuan dan Perak.

Selain itu, turut diadakan perbincangan isu-isu mekanikal seperti pengawasan tapak bina dan cadangan penambahbaikan woksyop-woksyop negeri dan proses kerja serta pembentangan kertas kerja seperti berikut:

               1.      Pembentangan Kertas Kerja 1

                       Tajuk: Way Forward JKR Woksyop Persekutuan

                       Oleh: KJM Ir. Azman bin Ilyas.

               2.    Pembentangan Kertas Kerja 2

           Tajuk: My Procurement

                      Oleh: Pn. Nurul Huda binti Aminudin, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan CKM

Pada hari terakhir mesyuarat, turut diadakan kunjungan hormat delegasi CKM ke pejabat YB Dato’ SUK Negeri Perlis, Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan.  

 

Share This Post:

ckmadmin


Related Posts