Mesyuarat Penyelarasan Projek-projek Persekutuan & MHPV CKM Bil.1 Tahun 2017 telah diadakan pada 20 hingga 22 Februari 2017 bertempat di JKR Negeri Kelantan. Mesyuarat ini merupakan platform bagi pegawai-pegawai kanan CKM di Ibu Pejabat dan Negeri untuk pemantauan prestasi projek serta penyampaian maklumat terkini berkaitan CKM dan JKR.

Seramai 36 orang pegawai kanan mekanikal termasuk Pengarah Kanan dan juga KPP (Mekanikal) Negeri telah menghadiri mesyuarat ini. Perkara-perkara yang telah dibentangkan dalam mesyuarat adalah :

i. Laporan Pemantauan Projek RMK10 oleh Ir. Azman Bin Ilyas (Bahagian Pengurusan Portfolio);

ii. Pembentangan Pelaksanaan Projek RMK11 oleh Ir. Azman Bin Ilyas (Bahagian Pengurusan Portfolio);

iii. Status Pelaksanaan SKALA DLP oleh Pn. Azizun Binti Hashim (Bahagian Pakar Forensik, Bunyi & Senggara);

iv. Perbelanjaan  Mengurus & Pembangunan MHPV 2017 oleh En. Wan Mohamad Bin Salleh;

v.  Laporan Pemantauan Projek-Projek Persekutuan & MHPV oleh KPP (M) Pulau Pinang - En. Mohd Sallehuddin Al-Ayubi Bin Ali;

vi. Laporan Pemantauan Projek-Projek Persekutuan & MHPV oleh KPP (M) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - En. Nazri Bin Darus;

vii. Laporan Pemantauan Projek-Projek Persekutuan & MHPV oleh KPP (M)  Terengganu - En. Norhisham Bin Launah

Selain itu, pembentangan kertas kerja adalah seperti berikut:

1.    Pembentangan Kertas Kerja 1

Tajuk: Pengenalan Kepada Laman Web CKM, JcoP dan Jpedia.

Oleh: Pn. Rosmawati Binti Zahari

2.    Pembentangan Kertas Kerja 2

Tajuk: Carta Alir Pematuhan Keperluan BOMBA untuk Serahan dan Kelulusan Bagi Projek Sistem Pencegahan Kebakaran dalam Bangunan

Oleh: Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad

3.    Pembentangan Kertas Kerja 3

Tajuk: Pengenalan Kepada Dokumentasi Inspection & Testing Plan (ITP) Mechanical – Rujukan Terkini

Oleh: Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad

Pada sesi petang hari kedua, Pengarah Kanan dan beberapa JMPK telah melawat Projek Institut Kemahiran Belia Negara di Tanah Merah, Kelantan.

Selain itu, mesyuarat kali ini turut dimanfaatkan dengan satu sesi pengemaskinian Maklumat Kakitangan Disiplin Mekanikal di negeri menggunakan sistem maklumat yang baru dibangunkan oleh Bahagian ICT CKM.

Ahli Mesyuarat

Sesi mesyuarat sedang berlangsung

Share This Post:

ckmadmin


Related Posts