Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada seluruh Warga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal kepada YBRS. Ir. Hj. Nasir Bin Abdul Hamed, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 4 Oktober 2017.

Perkhidmatan beliau selama 37 tahun telah bermula sebagai Jurutera Mekanikal di Cawangan Jentera pada 22 Disember 1980.  Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menabur bakti di pelbagai penempatan seperti JKR Woksyop Negeri Perak, JKR Unit Turnkey, Unit Projek KLIA, JKR Putrajaya, Cawangan Kerja Keselamatan dan Cawangan Kerja Bangunan Am.

Selain itu, sepanjang perkhidmatan beliau turut aktif memberi sumbangan kepakaran dan ilmu sebagai:

  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Petronas
  • Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Outcome Based Budgetting (OBB), KKR
  • Ahli Lembaga Tender Kementerian Pertahanan
  • Ahli Lembaga Tender Kementerian Perusahaan Komoditi
  • Wakil JKR untuk SIRIM dalam urusan penyediaan Piawai dan Standard Malaysia untuk peralatan mekanikal - Pencegah Kebakaran
  • Membantu JKR menyediakan Buku Merah Pertama - Garis Panduan Keperluan Arkitek dan Sivil Bagi Rekabentuk Sistem Mekanikal Dalam Bangunan

Sumbangan dan jasa beliau sepanjang perkhidmatan turut diperakui melalui anugerah dan pingat yang diperoleh seperti:

  • 2008    Pingat KMN oleh Yang DiPertuan Agong
  • 2005    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
  • 1990    Pingat Pekerti Terpilih oleh DYMM Sultan Perak
  • 1987    Sijil Perkhidmatan Cemerlang

Beliau telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti yang terbaik dalam pelbagai bentuk kepakaran, tunjuk ajar, ilmu dan nasihat kepada warga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal khususnya dan JKR amnya. Dengan itu, seluruh warga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal mendoakan semoga beliau dan keluarga sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.

Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

Share This Post:

ckmadmin


Related Posts